ISTANA NURUL IMAN, Saturday, 23 August 2025 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, this afternoon received in audience His Excellency Chan Chun Sing, Coordinating Minister for Public Affairs and Minister for Defence, Republic of Singapore. The Audience Ceremony took place at Istana Nurul Iman.
Accompanying His Excellency were His Excellency Laurence Bay Siow Hon, Singapore High Commissioner to Brunei Darussalam, His Excellency Major General Cai Dexian, Chief of Singapore Army and senior officials from the Ministry of Defence, Republic of Singapore.
Brunei Darussalam and the Republic of Singapore have a close and longstanding defence relationship since 1976, which has further strengthened through formal agreements, Defence Policy Dialogue, exchanges in high-level visits, military exercises, courses and various aspects of cooperation. Both countries will celebrate the 50th anniversary of defence relations in 2026.






KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP MENTERI KOORDINASI BAGI PERKHIDMATAN AWAM DAN MENTERI PERTAHANAN REPUBLIK SINGAPURA
ISTANA NURUL IMAN, Sabtu, 23 Ogos 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang ini berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Chan Chun Sing, Menteri Koordinasi bagi Perkhidmatan Awam dan Menteri Pertahanan, Republik Singapura. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
Menyertai Tuan Yang Terutama ialah Tuan Yang Terutama Laurence Bay Siow Hon, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral Cai Dexian, Panglima Tentera Darat Singapura dan Pegawai-pegawai Kanan dari Kementerian Pertahanan, Republik Singapura.
Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura mempunyai hubungan pertahanan yang erat dan lama sejak 1976, yang telah diperkukuhkan lagi melalui perjanjian-perjanjian rasmi, Dialog Dasar Pertahanan, pertukaran lawatan di peringkat tertinggi, eksesais ketenteraan, kursus dan pelbagai aspek kerjasama. Kedua-dua negara akan meraikan ulang tahun ke-50 hubungan pertahanan pada tahun 2026.