Skip Ribbon Commands
Skip to main content
THE 11TH ASEAN CHIEFS OF MILITARY MEDICINE CONFERENCE (ACMMC) OPENING CEREMONY

1.jpgBANDAR SERI BEGAWAN, Monday 24th June 2024 – The 11th ASEAN Chiefs of Military Medicine Conference (ACMMC) commenced today with an Opening Ceremony at Rizqun International Hotel, Gadong. Representatives from ASEAN nations and Timor-Leste are partaking in the three-day event from 24th to 26th June 2024. The conference concentrates on "Implications of Climate Change on Military Operational Readiness and the Role of Military Medicine," seeking to foster the sharing of insights and practices in military medicine to enhance ASEAN ties.

Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), attended as the Guest of Honour. Senior RBAF officers, representatives from organisations including the Ministry of Health (MOH), and participants from the Brunei Climate Change Office (BCCO), Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah Institute of Health Sciences, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Jerudong Park Medical Centre (JPMC), and Safety, Health and Environment National Authority (SHENA) were also in attendance.

 

The ceremony began with the recitation of surah Al-fatihah by Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of RBAF Religious Directorate, followed by welcoming speech by Lieutenant Colonel (Doctor) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, the Chairperson for the 11th ACMMC. Among others, she emphasized the challenges emerged by a changing climate and its impact on military operations and healthcare delivery, in line with the conference theme.

 

The ceremony continued with a speech from the Commander of RBAF, who reiterated the importance of addressing climate change's effects on military preparedness. He also highlighted the conference's alignment with the ASEAN Declaration on sustainable resilience, discussed during the 43rd ASEAN Summit themed “ASEAN Matters: Epicentrum of Growth." The Commander of RBAF then formally opened the conference, which was followed by a group photo session with all the ACMMC head of delegates.

 

Subsequent presentations included discussions on the role of military medicine in tackling climate change impacts on operational preparedness. The ACMMC serves as a platform for ASEAN military medical officers to collaborate and share expertise, fostering ties among member countries. Additional programs in the 11th ACMMC include the Young ASEAN Military Medical Officers (YAMMOs) Scientific Programme and bilateral meetings between delegates.


Brunei Darussalam previously hosted the 4th ACMMC in 2014.​

HJI_7142.JPG

HJI_7149.JPG

HJI_7154.JPG 

HJI_7173.JPG

 HJI_7175.JPG

HJI_7177.jpg

MAJLIS PEMBUKAAN ASEAN CHIEFS OF MILITARY MEDICINE CONFERENCE (ACMMC) KE-11

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 24 Jun 2024 – Persidangan Ketua Perubatan Tentera ASEAN (ASEAN Chiefs of Military Medicine Conference - ACMMC) ke-11 bermula hari ini dengan Majlis Pembukaan di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong. Wakil dari negara-negara ASEAN dan Timor-Leste mengambil bahagian dalam acara tiga hari dari 24 hingga 26 Jun 2024. Persidangan ini memberi tumpuan kepada "Impak Perubahan Iklim ke atas Kesediaan Operasi Tentera dan Peranan Perubatan Tentera," dengan matlamat memperkukuh perkongsian pandangan dan amalan dalam bidang perubatan tentera untuk meningkatkan hubungan ASEAN.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir ialah Pegawai-pegawai kanan ABDB, wakil-wakil dari organisasi termasuk Kementerian Kesihatan, dan peserta dari Brunei Climate Change Office (BCCO), Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah Institute of Health Sciences, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Jerudong Park Medical Centre (JPMC), and Safety, Health and Environment National Authority (SHENA).

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah, Jabatanarah Agama ABDB dan diikuti dengan kata-kata aluan dari Leftenan Kolonel (Doktor) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, selaku Pengerusi ACMMC ke - 11. Antara lain, beliau menekankan cabaran yang timbul akibat perubahan iklim dan kesannya ke atas operasi tentera dan pengendalian penjagaan kesihatan, selaras dengan tema persidangan.

 

Majlis diteruskan dengan ucapan dari Pemerintah ABDB, dimana beliau turut menekankan mengenai kepentingan menangani kesan perubahan iklim terhadap kesiapsiagaan operasi ketenteraan.  Beliau juga menekankan kesejajaran persidangan ini dengan Deklarasi ASEAN tentang kedayatahanan mampan yang dibincangkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 bertemakan “ASEAN Matters: : Epicentrum of Growth." Pemerintah ABDB kemudian secara rasmi membuka persidangan, yang diikuti dengan sesi bergambar ramai bersama semua Ketua-ketua Delegasi ACMMC.

 

Taklimat-taklimat pembentangan seterusnya termasuk perbincangan tentang peranan perubatan tentera dalam menangani impak perubahan iklim ke atas tahap kesiapsiagaan operasi ketenteraan. ACMMC berperanan sebagai landasan bagi pegawai perubatan tentera ASEAN untuk berkolaborasi dan berkongsi kepakaran, memperkukuh hubungan di antara negara-negara ahli. Program tambahan dalam ACMMC ke-11 ini termasuklah Program Saintifik Pegawai Perubatan Tentera Muda ASEAN (Young ASEAN Military Medical Officers – YAMMOs) dan perjumpaan dua hala antara delegasi.

 

Negara Brunei Darussalam sebelum ini telah menjadi tuan rumah bagi ACMMC ke-4 pada tahun 2014.​




Attachments