BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 3 November 2026 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a farewell call from His Excellency Janbaz Khan, High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam, at the Ministry of Defence.
The farewell call took place as His Excellency approaches the end of his diplomatic tenure in Brunei Darussalam. Having served as High Commissioner since April 2025, His Excellency has supported efforts to strengthen bilateral relations, including defence cooperation, between the two countries.
During the call, both sides acknowledged the close and longstanding defence relations between the RBAF and the Pakistan Armed Forces (PAF), and emphasised the importance of continued engagement in enhancing mutual understanding, professional military exchanges and cooperation.
Discussions also highlighted the progress of bilateral defence cooperation, particularly through the Joint Defence Working Committee (JDWC), senior military visits, and professional military education and training opportunities. Both sides also recognised the continued cooperation between the Royal Brunei Navy and the Pakistan Navy, including goodwill visits and professional engagements, which have further strengthened ties between the two navies.
The Commander of the RBAF expressed his appreciation for His Excellency’s contributions and support in strengthening defence relations between Brunei Darussalam and Pakistan throughout his diplomatic tenure, and extended his best wishes for His Excellency’s future endeavours. The RBAF remains committed to further enhancing defence cooperation with PAF based on mutual respect, shared interests and a common commitment to regional peace and stability.


PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK ISLAM PAKISTAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Selasa, 3 November 2026 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama Janbaz Khan, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, bertempat di Kementerian Pertahanan.
Kunjungan perpisahan tersebut diadakan menjelang tamatnya tempoh perkhidmatan diplomatik Tuan Yang Terutama di Negara Brunei Darussalam. Sejak berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi pada April 2025, Tuan Yang Terutama telah memberikan sokongan terhadap usaha memperkukuh hubungan dua hala, termasuk kerjasama pertahanan, antara kedua-dua negara.
Semasa pertemuan tersebut, kedua-dua pihak mengiktiraf hubungan pertahanan yang erat dan sekian lama terjalin antara ABDB dengan Angkatan Tentera Pakistan (ATP), serta menekankan kepentingan penglibatan berterusan dalam meningkatkan persefahaman, pertukaran profesional ketenteraan dan kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera.
Perbincangan turut menyentuh kemajuan kerjasama pertahanan dua hala, khususnya melalui Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB), lawatan pegawai-pegawai kanan tentera serta peluang pendidikan dan latihan ketenteraan profesional. Kedua-dua pihak juga mengiktiraf kerjasama berterusan antara Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dengan Tentera Laut Pakistan, termasuk lawatan muhibah dan penglibatan profesional yang telah memperkukuh hubungan antara kedua-dua angkatan tentera laut.
Pemerintah ABDB merakamkan penghargaan atas sumbangan dan sokongan Tuan Yang Terutama dalam memperkukuh hubungan pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Islam Pakistan sepanjang tempoh perkhidmatan diplomatik beliau, di samping menyampaikan ucapan selamat maju jaya dalam urusan dan penugasan beliau pada masa hadapan. ABDB kekal komited untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan dengan ATP berlandaskan prinsip saling menghormati, kepentingan bersama serta komitmen terhadap keamanan dan kestabilan serantau.