BERAKAS, Thursday, 29 October 2026 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, graciously consented to present awards to civil servants in conjunction with the 33rd Civil Service Day Celebration, held at the International Convention Centre (ICC), Berakas.
Four personnel from the Ministry of Defence, representing Divisions II, III, IV and V, received the Civil Service Excellent Employee Award (Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam, APCPA). The recipients were Dayang Fayyadhah binti Latip, Awang Haji Nor Fadzil bin Awang Haji Muhammad, Dayang Siti Aishah binti Awang Haji Metussin and Awang Said bin Haji Bayau.
The APCPA recognises civil servants who consistently demonstrate outstanding performance and deliver high-quality work while upholding exemplary standards of integrity, ethics and dedication.
Meanwhile, in the field of innovation, HRPulse, a project designed by the Air Engineering Unit (AEU), Technical Equipment Maintenance Division (TEMD), Royal Brunei Air Force (RBAirF), Ministry of Defence, won the Bronze Award at the Anugerah Inovasi Perdana (AIP) 2026. His Majesty graciously consented to present the award to the AEU, TEMD team, which also received a Learning Grant of BND 3,000.00, a certificate and a trophy.
AIP 2026 is an annual initiative organised by the Management Services Department (MSD) to recognise innovative projects within the civil service, including collaborative projects between the public and private sectors.
AEU participated in AIP 2026 by submitting two digital applications, namely HRPulse and SMART. Both applications were designed entirely by an internal project team led by Haji Kamaludin bin Haji Apong, Head of AEU, utilising in-house expertise without external involvement. The development of these applications has the potential to reduce costs and enhance operational efficiency.
The Ministry of Defence also participated in a mini exhibition themed “Civil Service Leadership and Innovation”, showcasing HR Pulse to highlight the use of digital technology in enhancing the efficiency of human resource management.
These recognitions and achievements reflect the continued commitment of Ministry of Defence personnel to fostering a culture of service excellence, advancing innovation and embracing digital transformation to enhance organisational efficiency, in line with the aspirations of Brunei Vision 2035.














KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA PENGIKTIRAFAN KECEMERLANGAN DAN INOVASI SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2026
BERAKAS, Khamis, 29 Oktober 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan mengurniakan anugerah kepada warga perkhidmatan awam sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-33 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (PPA), Berakas.
Seramai empat orang warga Kementerian Pertahanan daripada Bahagian II, III, IV dan V telah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA). Empat penerima tersebut ialah Dayang Fayyadhah binti Latip, Awang Haji Nor Fadzil bin Awang Haji Muhammad, Dayang Siti Aishah binti Awang Haji Metussin dan Awang Said bin Haji Bayau.
APCPA mengiktiraf warga perkhidmatan awam yang secara konsisten menunjukkan prestasi cemerlang dan hasil kerja berkualiti, serta menjunjung nilai integriti, etika dan dedikasi yang wajar dicontohi.
Sementara itu, dalam bidang inovasi, projek HRPulse yang direka oleh Unit Kejuruteraan Udara (UKU), Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal (BPKT), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Kementerian Pertahanan, berjaya meraih Anugerah Gangsa dalam pertandingan Anugerah Inovasi Perdana (AIP) 2026. Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan anugerah tersebut kepada kumpulan UKU, BPKT, yang turut menerima Geran Pembelajaran sebanyak BND $3,000.00, sijil dan trofi.
AIP 2026 merupakan inisiatif tahunan yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Pengurusan bagi memberikan pengiktirafan terhadap projek-projek inovatif dalam perkhidmatan awam, termasuk projek kerjasama antara sektor awam dan swasta.
UKU menyertai AIP 2026 dengan mempertandingkan dua aplikasi digital, iaitu HRPulse dan SMART. Kedua-dua aplikasi tersebut direka sepenuhnya oleh pasukan projek yang diketuai oleh Haji Kamaludin bin Haji Apong, Ketua UKU, menggunakan kepakaran dalaman tanpa melibatkan kepakaran luar. Penghasilan kedua-dua aplikasi ini berpotensi menjimatkan kos dan meningkatkan kecekapan operasi.
Kementerian Pertahanan turut menyertai pameran mini bertemakan “Kepimpinan dan Inovasi Perkhidmatan Awam” dengan mempamerkan HRPulse bagi mengetengahkan penggunaan teknologi digital dalam meningkatkan kecekapan pengurusan sumber manusia.
Pengiktirafan dan pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan warga Kementerian Pertahanan dalam membudayakan kecemerlangan perkhidmatan, memperkasa inovasi serta memanfaatkan transformasi digital bagi meningkatkan kecekapan organisasi, selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.