BERAKAS GARRISON, Friday, 7 August 2026 – The Ministry of Defence today held a Khatam Al-Quran Ceremony in conjunction with the 80th Birthday Celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, for the year 1448 Hijrah / 2026, simultaneously at all suraus across Royal Brunei Armed Forces (RBAF) camps and garrisons, including Pulau Baru-Baru Mosque, with the main ceremony held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison.
Present at Surau Al-Fa’izun was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Coordinating Minister for National Security, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also in attendance was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, along with Members of the Defence Executive Committee and the RBAF Executive Committee, as well as officers and personnel of the Ministry of Defence. The ceremony was also attended by special guests, including Yang Berhormat Awang Daud bin Jihan, Member of the Legislative Council; Yang Mulia Pengiran Muhd Ameer Mubarak bin Pengiran Haji Hashim, Brunei-Muara District Officer, Penghulu of Mukim Berakas ‘A’ and Acting Village Head of Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Lambak Kiri.
The ceremony commenced with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah, led by Yang Berhormat Pehin. This was followed by the recitation of selected Surahsfrom the Al-Quran, Takhtim, Tahlil and Doa Khatam Al-Quran by Yang Mulia Muhd Abdussalam bin Haji Jahari from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). A tazkirah titled “Pesambah untuk Raja” was delivered by Yang Mulia Ustaz Mohd Rif’at Atiyah bin Anwari from JAMA’AT. Yang Berhormat Pehin also presented mementos to the participants of the Khatam Al-Quran.
The Khatam Al-Quran Ceremony serves as a special pesambah to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, expressing profound gratitude and offering prayers to Allah Subhanahu Wata’ala for His Majesty to continue to be blessed with longevity, good health and an enduring reign in leading Brunei Darussalam.











Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison

Surau Ad Difa, Bolkiah Garison

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Al-Barakah, Tentera Udara Rimba

Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison

Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2BN

Surau Ar-Rahmah, 3BN Perkhemahan Lumut

Surau Al-Quwwah, Bangar Kem

Surau Rejiman Pegawal Diraja, Sungai Akar

Masjid Kampong Pulau Baru-Baru
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 80 PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN
BERAKAS GARISON, Jumaat, 7 Ogos 2026 – Kementerian Pertahanan hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-80, bagi tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi, di semua surau-surau perkhemahan dan garison Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, dengan acara utama di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison.
Hadir di Surau Al-Fa’izun ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan Jawatankuasa Eksekutif ABDB, pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh jemputan-jemputan khas, termasuk Yang Berhormat Awang Daud bin Jihan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Mulia Pengiran Muhd Ameer Mubarak bin Pengiran Haji Hashim, Pegawai Daerah Brunei-Muara, Penghulu Mukim Berakas ‘A’ dan Pemangku Ketua Kampong Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Lambak Kiri.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin. Seterusnya bacaan Surah-surah Lazim Al-Quran, Takhtim, Tahlil dan Doa Khatam Al-Quran dikepalai oleh Yang Mulia Muhd Abdussalam bin Haji Jahari dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Majlis juga diselitkan dengan tazkirah bertajuk “Pesambah untuk Raja” yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Mohd Rif’at Atiyah bin Anwari dari JAMA’AT. Penyampaian cenderahati kepada para peserta Khatam Al-Quran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin.
Majlis Khatam Al-Quran ini merupakan pesambah istimewa Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menzahirkan rasa penuh kesyukuran dan munajat ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga Baginda terus dikurniakan lanjut usia, kesihatan yang baik dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.