BOLKIAH GARISON, Jumaat 22 Februari 2012 -  Satu majlis Kuliah Subuh bersama dengan  Yang Behormat Pehin Dato Seri Maharaja Dato Seri Setia Ustaz (Dr) Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam telah berlangsung di Surau Berakas Garison.

Hadir dimajlis tersebut ialah Mejar jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Ahli-Ahli Komiti Eksekutif Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan Institut Latihan ABDB,  Pengarah-Pengarah Tentera dan Awam, Pegawai Kanan, PTB Kanan dan rendah serta penduduk-penduduk sekitar Berakas Garison.

Majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu suboh berjemaah diikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Ssjn (L) Aliuddin Bin Haji Sarbini, naib juara tilawah Al-Quran dipertandingan tilawah Al-Quran bagi Tentera Islam Republik Islam Iran pada pertandingan yang lalu.

Majlis diteruskan dengan ucapan mukaddimah yang disampaikan oleh Pengerusi bersama Ustaz Haji Roslan Bin Haji Sulaiman, Pegawai Agama Kanan, Kementerian Pertahanan. Dan seterusnya penyampaian kuliah subuh yang disampaikan sendiri oleh Yang Behormat Pehin Dato Seri Maharaja Dato Seri Setia Ustaz (Dr) Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Bagi memberkati majlis tersebut doa selamat dibacakan oleh Kapten Ariffin Bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB. Surau Berakas Garison adalah antara tempat yang terpilih bagi kunjungan Yang Berhormat  Mufti Kerajaan  bagi penyampaian kuliah bersama Mufti bersempena dengan Sambutan Maulud NAbi Muhammad SAW bagi tahun 1434H/2013M.