BOLKIAH GARRISON, Tuesday 28 May 2013 – In uplifting the reading of Al-Quran among the officers and members of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), a Khatam Al-Quran ceremony in conjunction with the 52nd Anniversary of RBAF was held this afternoon at Ministry of Defence Surau. The religious event that was held in commemoration of the RBAF 52nd anniversary celebration was to highlight the completion of reading the Quran recitation by officers and personnel of RBAF at all surau RBAF Garrisons.
Present at the ceremony were Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, RBAF Commander, Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ehsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Defence Executive Members and also attended by Military Directors, Senior Officers, the officers and members and staff of the Ministry of Defence and RBAF.
The ceremony was intended to encourage the RBAF officers and personnel towards the importance of reading the Quran, at the same time to instil spiritual elements in officers and members of the RBAF so that the duties and responsibilities entrusted on them are carried out diligently with full dedication while seeking the blessings of Allah Subhannahu Wa Ta’ala.
The event included a mass Asar prayer, the reading of al- Quran and Dikir Marhaban.




MAJLIS KATAM AL-QURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN KE 52 ABDB
BOLKIAH GARISON, Selasa 28 Mei 2013
– Sebagai memartabatkan pembacaan Al-Quran dikalangan para pegawai
serta anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Majlis khatam
Al-Quran sempena sambutan Ulang Tahun ke 52 ABDB telah diadakan di Surau
Kementerian Pertahanan. Ianya diadakan sebagai salah satu acara
keagamaan yang telah dirancang untuk menyemarakkan sambutan Ulang Tahun
ABDB pada tahun ini dan menandakan tamatnya pembacaan Al-Quran oleh para
pegawai-pegawai dan anggota ABDB di seluruh Surau Garison Perkhemahan
ABDB.
Hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa
bin Haji Sirat, Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji
Aminuddin Ehsan bin Pehin Orang kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji
Abidin, Ahli-Ahli Eksekutif Pertahanan, Pengarah-pengarah Tentera,
Pegawai-pegawai Kanan serta anggota-anggota dan kakitangan Kementerian
Pertahanan dan ABDB.
Majlis Khatam Al-Quran dihasratkan bagi memberikan dorongan
semangat kepada para pegawai serta anggota ABDB kepada pembacaan
Al-Quran disamping menyuntikkan elemen kerohanian kepada semua pegawai
dan anggota agar segala tugas yang diamanahkan dipikul dan dilaksanakan
dengan rasa penuh tanggungjawab disamping mengharapkan keberkatan dari
Allah Subhannahu Wa Taíala.
Majlis pada petang ini diisikan dengan sembahyang Fardhu Asar berjamaah, bacaan surah-surah Al-Quran, Dikir Marhaban.