BOLKIAH GARISON, Khamis 23 Okt 2013 – Majlis Pembukaan Bengkel ‘Tahsinul Fikrah’ bagi PTB-PTB Kanan ABDB telah pun berlangsung di Bilik Kuliah Pusat Optima Kecergasan ABDB.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Lt Kol Pg Hafiz Bin Pg Kamaludin, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Turut hadir Para Jemputan, PTB Kanan dan Rendah serta peserta bengkel. Bagi memberkati majlis tersebut bacaan ayat suci Al-Quran telah dibacakan oleh 16982 Kpl Harun Al-Rashid Bin Haji Mohd Hussain, salah seorang anggota JAMA’AT dan seterusnya ucapan dari Tetamu Kehormat. Antara petikan ucapan perasmian yang telah disampaikan, Tetamu Kehormat telahpun menyentuh kepentingan bagi setiap peserta bengkel untuk menggunakan peluang yang ada didalam bengkel ini untuk menimba dan menghalusi lagi ilmu-ilmu pengetahuan khususnya dalam ilmu keugamaan.

Ini kerana kebanyakan anggota-anggota yang masih kurang faham akan perkara-perkara wajib, haram, makhruh dan sunat didalam hal-hal peribadatan. Bacaan Surah Al-Fatihah yang merupakan rukun kepada sahnya sembahyang masih perlu di halusi. Bengkel ini merupakan antara aktiviti tahunan Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT) yang mana ianya akan berlangsung selama dua hari. Bengkel ini dihadiri oleh seramai 22 anggota dari unit-unit Angkatan Tentera.