RIMBA, Monday 2 Dec 2013 – His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to award Chief of Staff of The Indonesian Air Force (TNI AU), The Honourable Air Chief Marshal TNI Ida Bagus Putu Dunia with the Royal Brunei Air Force (TUDB) Honorary Pilot Wing. The official award ceremony took place at the Royal Brunei Air Force Base in Rimba this afternoon.

The TUDB Honorary Pilot Wing was presented by the Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. This award was recognition for his valuable efforts and outstanding services he has been contributing in strengthening the ties between the TUDB and TNI AU.

On arrival of the Honourable Air Chief Marshal TNI Ida Bagus Putu Dunia at the Rimba Air Base, he received a Guard of Honour from the TUDB personnel at the TUDB Headquarters. This was followed by the introductory call he paid on to the Commander of RBAF at the Royal Brunei Air Force Headquarters and the Commander of TUDB, Brigadier General (U) Haji Wardi bin Abdul Latip.

The Honourable Air Chief Marshal TNI Ida Bagus Putu Dunia was installed to the position of Air Chief Marshal Chief of Staff Indonesian Air Force on 17 December 2012. During his service, he has held various administrative and managerial appointments including Air Flight Leader Training to No. 11 Air Squadron, Hasanuddin AFB, Commander to No. 11 Air Squadron, Hasanuddin AFB, Senior Officer for Internal Security, Security Staff, Commander Hasanuddin AFB, Commander of National Air Defence Command Sector IV, Superintendent of the Air Force Academy, Assistant Chief of Staff for Personnel, Commander of the Air Command and Staff College and Chief of Staff IDAF.

The Honourable Air Chief Marshal TNI Ida Bagus Putu Dunia is married to Nyonya Ida Ayu Kumala Dewi Manuaga with 1 daughter and 1 son.

The Honourable Air Chief Marshal TNI Ida Bagus Putu Dunia will be in the sultanate with his spouse for an introductory visit and 4th BRIDEX 2013 from 2nd -3rd December 2013.








PENGANUGERAHAN LENCANA JURUTERBANG KEHORMAT TUDB BAGI KEPALA STAF TNI ANGKATAN UDARA

RIMBA, Isnin 2 Dis 2013 
– Di atas Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Kepala Staf
Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Udara (KASAU) Yang Terhormat
Marsekal TNI KASAU Ida Bagus Putu Dunia telahpun dianugerahkan dengan
Lencana Juruterbang Kehormat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Majlis
penganugerahan rasmi telah berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Diraja
Brunei, Rimba pada petang ini.

Lencana
Juruterbang Kehormat TUDB telah disampaikan oleh Pemerintah Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji
Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji
Abidin.  Penghargaan ini adalah sebagai pengiktirafan ke atas jasa yang
bernilai serta perkhidmatan cemerlang yang beliau sumbangkan daIam
mengeratkan perhubungan di antara TUDB dan TNI AU.

Semasa
ketibaan Yang Terhormat Marsekal TNI KASAU Ida Bagus Putu Dunia di
Pangkalan Rimba, beliau telah menerima Tabik Hormat daripada Kawalan
Kehormatan TUDB di Markas TUDB. Ini diikuti dengan kunjungan pengenalan
ke atas Pemerintah ABDB dan juga Pemerintah TUDB, Brigedier Jeneral (U)
Haji Wardi bin Abdul Latip

Yang
Terhormat Marsekal TNI KASAU Ida Bagus Putu Dunia telah dilantik
menjadi Marsekal KASAU TNI pada 17 Disember 2012.   Yang Terhormat
memulakan karier beliau bermula pada tahun 1981 sebagai penerbang tempu
A-4 di Wing 300 Kohanudnas, Lanud Iswahjudi, Madiun. Sepanjang
perkhidmatan, beliau telah menyandang berbagai jawatan pengurusan dan
pentadbiran termasuk menjadi Komandan Lanud.  Beliau kemudian
dipromosikan menjadi Panglima Komando Operasi Sektor Pertahanan Udara
Nasional (Pangkosekhanudnas) IV Biak, Papua. Di Lanud Hasanuddin, Yang
Terhormat memegang jawatan sebagai Komandan Skuadron Udara 1dan
kemudiannya menjadi Komandan Lanud. Selain itu, Yang Terhormat juga
memegang jawatan sebagai Komandan Sesko TNI AU, Gubernur Akademi
Angakatn Udara dan Komandan Sesko TNI.  

Yang
Terhormat Marsekal Ida Bagus Putu Dunia telahpun berkahwin dengan
Nyonya Ida Ayu Kumala Dewi Manuaga dan dianugerahkan dengan 1 anak
perempuan dan 1 anak lelaki.   

Yang
Terhormat Marsekal TNI Ida Bagus Putu Dunia akan berada di negara ini
bersama isteri dan rombongan bagi lawatan pengenalan rasmi dan juga
BRIDEX 2013 mulai dari 02-03 Disember 2013