SG AKAR, Friday, 8 April 2011 – The Officer Cadet School (OCS) welcomes the 6th Royal Brunei Armed Forces (RBAF) which is scheduled to undergo training at the school starting April 2, 2011 until the end of January 2012.


The Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, stressed to the 19 Officer Cadet of the 6th intake that “The decision to enter the military profession is not solely on the basis of material advantage or a better scheme of service compared to service elsewhere; nor this decision is solely based on the high rank and position in the eyes of the public. “

The Deputy Defence Minister also believes that the decision to pursue a military career is a decision made by Allah’s will, solely on the pure sincerity to sow devotion in keeping the security and safety of the loving country, religion, nation and king. He also summarized the historical perspective of Islam, that career as a member of the military requires a noble attitude and character with high prudence. Until they feel comfortable, safe and confident when dealing and interacting among themselves. A military career requires a wise and firm leadership. So any decision they make will be transparent and clear, value and goals easily understood, and easy implemented. Career as a military leader requires high fidelity and sacrifice, courage and not afraid to stand up for the truth. As a cornerstone to the whole nature of this, career as a member of the military still requires faith and piety to Allah SWT just like the motto of SPK RBAF “Faith, Piety and the Bravery.”


Out of 19 Officer Cadets, nine men will undergo training of Army, 6 personnel will undergo Naval exercises, 4 will undergo further training of Air Force. In this intake, 15 officer cadets, 15 are male cadets and 4 female cadets s. Prior to training at OCS, the cadets have to undergo a selection process in which their physical and mental ability get evaluated by the Armed Forces Commissioning Board.


Officer cadets course will be conducted for 42 weeks of which the 17 weeks will be on general and basic military training, 19 weeks focuses on specialist training aligned to the respective field of services, while 6 weeks of joint exercises involving other services. After undergoing the basic co-training with the three services, the cadet officers will begin to be absorbed in their respective military units where they will continue training as an officer of the army, navy and air force.


In the last semester, the officer cadets will undergo further professional development, including military exercises, final assessments and parade in which all cadets who meet the specified level will be officially commissioned as RBAF officers before joining the service units respectively.






 

 



MAJLIS PERASMIAN KURSUS PEGAWAI KADET ABDB PENGAMBILAN KE 6


SG AKAR, Jumaat 8 April 2011
–Sekolah Pegawai Kadet (SPK) ABDB menyambut penggambilan ke-6 yang
dijadualkan untuk menjalani latihan di Sekolah tersebut mulai 02 April
2011 hingga penghujung Januari 2012.


Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji
Sirat, menekankan kepada 19 orang Pegawai Kadet pengambilan ke-6 bahawa
“Keputusan untuk memasuki kerjaya tentera bukan semata-mata atas asas
kelebihan material atau skim perkhidmatan yang lebih baik jika
dibandingkan dengan perkhidmatan ditempat lain; tidak juga keputusan ini
semata-mata berasaskan kepada pangkat dan kedudukan yang tinggi di mata
mesyarakat”.


Timbalan Menteri Pertahanan juga yakin bahawa keputusan untuk menceburi kerjaya tentera itu adalah satu keputusan
tawakal kepada Allah, semata-mata berasaskan keikhlasan yang murni
untuk menabur bakti menjaga keamanan dan keselamatan Negara yang lahir
dari perasaan cinta kepada tanah air, kepada ugama, bangsa dan raja.
Beliau juga merumuskan dari perspektif sejarah Islam, bahawa kerjaya
sebagai anggota tentera itu menghendaki satu sikap dan keperibadian yang
mulia dan berhemah tinggi. Sehingga mereka yang berurusan dan
berinteraksi sama mereka akan merasa selesa, aman dan yakin.

Kerjaya
tentera menghendak satu kepimpinan yang bijaksana dan tegas. Sehingga
sebarang apa pun keputusan yang dibuatnya itu nanti adalah telus dan
jelas, biar mudah difahami nilai dan tujuannya dan mudah
perlaksanaannya. Kerjaya sebagai pemimpin tentera menghendaki kesetiaan
dan pengorbanan yang tinggi, berani dan tidak takut menegakkan
kebenaran. Sebagai landasan kepada keseluruhannya sifat ini ialah
kerjaya sebagai Anggota tentera itu menghendaki keimanan yang tetap dan
takwa kepada Allah Subahanwatala sepertimana motto SPK ABDB iaitu
“Setia, Takwa dan Berani”.


Daripada 19 orang pegawai kadet tersebut, 9 orang akan menjalani
latihan Tentera Darat,  6 latihan Tentera Laut dan dan 4 orang lagi akan
menjalani latihan Tentera Udara. Dalam pengambilan ini, 15 orang adalah
kadet lelaki dan 4 orang kadet wanita. Sebelum menjalani latihan di
Sekolah Pegawai Kadet, pegawai kadet tersebut telah melalui satu proses
pemilihan di mana kebolehan dari segi fizikal dan mental dibuat
penilaian oleh Badan Penauliahan Angkatan Tentera.


Kursus pegawai kadet ini akan dijalankan selama 42 minggu iaitu 17
minggu di peringkat am dan latihan asas ketenteraan, 19 minggu pula
berfokus kepada latihan kepakaran selaras dengan jurusan angkatan
tentera masing-masing, manakala 6 minggu melibatkan latihan bersama
angkatan-angkatan tentera. Selepas sama-sama mengikuti latihan umum
gabungan ketiga angkatan tentera, pegawai-pegawai kadet akan mula
diserapkan dalam unit tentera masing-masing dimana mereka akan
meneruskan latihan sebagai pegawai tentera darat, tentera laut dan
tentera udara.


Pada semester terakhir, pegawai kadet akan melalui perkembangan
profesional lanjutan termasuk latihan ketenteraan, penilaian terakhir
dan kawalan perbarisan yang mana hanya kadet yang memenuhi tahap yang
telah ditetapkan akan ditauliahkan menjadi seorang pegawai tentera ABDB
secara rasmi sebelum menyertai latihan di unit tentera masing-masing.