MUARA, Tuesday 26 April 2011 – Royal Brunei Navy receives a delegation from Royal Thai Navy led by Admiral Khamthorn Pumhiran, Commander in Chief, Royal Thai Navy as this also marked his first official visit to Negara Brunei Darussalam since his appointment in 2008.

Throughout his stay, he call on Commander of Royal Brunei Armed Forces, Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin at Ministry of Defence and he also paid a courtesy call to Commander of the Royal Brunei Navy, Colonel (L) Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah.

During his stay in Brunei, Admiral Khamthorn Pumhiran and spouse had the chance to visit places of interest around the sultanate.


The visit was intended to enchance the existing bilateral defence ties and cooperation between the two countries.  Admiral Khamthorn Pumhiran and spouse arrived on 26 April 2011 in Brunei for a three day official visit.  



LAWATAN RASMI  PANGLIMA TENTERA LAUT DIRAJA THAILAND KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


MUARA,  Selasa 26 April 2011
Tentera Laut Diraja Brunei telah menerima delegasi dari Negara Thailand
yang diketuai oleh Panglima Tentera Laut Diraja Thailand, Admiral
Khamthorn Pumhiran bagi lawatan rasmi pertama beliau ke Negara Brunei
Darussalam sejak perlantikannya pada tahun 2008.

Sepanjang
lawatan beliau, Admiral Khamthorn Pumhiran telah mengadakan kunjungan
hormat kepada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar
Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya
Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin di Kementerian Pertahanan dan
meneruskan kunjungan hormat kepada Pemerintah Tentera Laut Diraja
Brunei, Kolonel (L) Haji Abdul Halim bin Haji Mohd Hanifah.


Selama berada di Brunei, Admiral Khamthorn Pumhiran,
Panglima Tentera Laut Diraja Thailand dan Isteri juga mengadakan lawatan
ke tempat-tempat bersejarah dan menarik di Negara Brunei Darussalam.


Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan
pertahanan dua hala yang sudah lama terjalin dan kerjasama antara kedua
buah Negara.  Admiral Khamthorn Pumhiran, Panglima Tentera Laut Diraja
Thailand bersama isteri serta rombongan tiba di Negara Brunei Darussalam
pada 26 April 2011 atas lawatan rasmi selama tiga hari.