BERAKAS GARISON, Friday 29 April 2011 – The Dikir Syarafil Annam and Nasyid Competition in conjunction with the Golden Jubilee Anniversary of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) have been held at the Pahlawan Berakas Garrison. The competition is jointly organized by the RBAF Religious Department and the Royal Brunei Armed Forces Units.
Present as the guest of honor at the ceremony was Colonel (L) Hj Abd Halim bin Hj Md Hanifah, Commander of Royal Brunei Navy (RBN) who also presented prizes to the winners and participants.
A total of 7 out of 12 teams who competed for the night were divided into two rounds. The first round was Dikir Syarafil Annam and the second was asyid. The formulation of the competition and the results have been delivered by Ustaz Hj Rosli bin Hj Batang, Senior Religious Officer, RBAF Religious Department.
Team Al-Karamah representing the Royal Brunei Navy (RBN) emerged as the champion, while second place went to An-Najah also from Royal Brunei Navy (RBN) and Team Jaishun Najah from Royal Brunei Land Force (RBLF) as third.
The best performance of Dikir won by Al-Karamah team from Royal Brunei Navy and the best Nasyid performance team won by Najah Jaishun from Royal Brunei Land Force.
Also present were the Deputy Commanders, Military and Civilian Directors and also military and civilian officers from Ministry of Defence, Bolkiah Garrison, Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Navy, Royal Brunei Air Force Institute of Training and Special Forces Regiment and the Officers Cadet School (OCS) RBAF.
The ceremony ended with a closing prayer delivered by Imam Muhammad bin Faidil Rosemandy.



PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANAM DAN NASYID SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN JUBLI
EMAS ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Jumaat 29hb April 2011
– Pertandingan Dikir Syarafil Anam dan Nasyid peringkat Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei(ABDB) bersempena dengan Ulang Tahun Jubli Emas
ABDB telah diadakan di Dewan Pahlawan Berakas Garison. Pertandingan
merupakan anjuran bersama Jabatan Agama ABDB dan Pejabat Pemerintah
Bolkiah Garison Kementerian Pertahanan.
Hadir
selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Kol (L) Haji Abd
Halim bin Haji Md Hanifah, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei dimana
beliau juga menyampaikan Piala Iringan, Sijil Penyertaan, Wang Tunai
serta Piala Pusingan.
Sebanyak 7 dari 12 pasukan bertanding pada malam tersebut yang
mana ianya dibahagikan kepada 2 pusingan iaitu Pusingan Pertama Dikir
Syarafil Annam manakala Pusingan Kedua Nasyid. Rumusan perlawanan serta
keputusan telahpun disampaikan oleh Ustaz Hj Rosli bin Hj Batang,
Pegawai Ugama Kanan, Jabatan Agama Awam ABDB.
Johan
Keseluruhan jatuh kepada Al-Karamah dari Tentera Laut Diraja Brunei.
Naib Johan jatuh kepada An-Najah dari Tentera Laut Diraja Brunei. Tempat
Ketiga jatuh kepada Jaishun Najah dari Tentera Darat Diraja Brunei.
Manakala Penerima Persembahan Pasukan Dikir Terbaik disandang
oleh Al-Karamah dari Tentera Laut Diraja Brunei. Dan penerima
Persembahan Pasukan Nasyid Terbaik disandang oleh Jaishun Najah dari
Tentera Darat Diraja Brunei
Turut
hadir di majlis tersebut, Timbalan-Timbalan Pemerintah,
Pengarah-Pengarah Tentera dan Awam, Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan
PTB Kanan dan Rendah dari Kementerian Pertahanan dan Bolkiah Garison,
Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara
Diraja Brunei, Institut Latihan dan Rejimen Pasukan Khas dan Sekolah
Pegawai Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Majlis pada malam tersebut berakhir dengan bacaan doa penutup yang disampaikan oleh Imam Faidil Rosemandy bin Muhammad.