PENANJONG GARISON, Ahad 8 Dis 2013 – Majlis Khatam Al-Quran kali kedua bagi Anggota Rekrut Pengambilan Ke-149 telah berlangsung di Surau Penanjong Garison sebagai menandakan sempurnanya pembacaan 30 juzuk Al Quran.  Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir ialah Komandan IL ABDB, Leftenan Kolonel Hasmee bin Haji Abdul Wahab, Pegawai – pegawai, kakitangan IL ABDB serta wakil-wakil dan para ibu-bapa rekrut pengambilan ke-149.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-fatihah daripada Tetamu Kehormat di ikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran, Takhtim serta Doa Khatam yang dibacakan oleh anggota Jemaat 18032 LCpl Nazirul bin Haji Asmat Majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban diikuti dengan tetamu kehormat majlis berkesudian menyampaikan bunga telur kepada peserta-peserta Khatam Al-Quran.

 

​