JERUDONG, Thursday 10 January 2013 – Ministry of Defence held a certificate presentation ceremony at the BRIDEX Conference Hall, Jerudong for civilian officers and staff who have completed their service as of 10 January 2011 until 30 September 2012.
The ceremony began with the mass recital of Surah Al-Fatihah and was followed by a speech by Chairman of the event, Awang Nor Aidil bin Haji Abu Bakar, Acting Director of Administration and Manpower, Ministry of Defence. The event continued with speech and the presentation of Service Certificates by Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Deputy Minister of Defence as the Guest of Honour.
The ceremony saw 19 civilian retirees comprising 15 male and 4 female.The ceremony continued with the presentation of certificates and souvenirs to five recipients Ministry of Defense Employee Awards consisting of 2 two officers from Division II and three officers and staff of Division III, IV and V who have received Excellent Employees Civil Service Award during the 19th Civil Service Day 2012. While certificates of appreciation were given to two Officers of the Ministry of Defence has contributed to the country.
Present during the ceremony were the Permanent Secretary, Deputy Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Deputy Permanent Secretary, Services Commanders and Commandants, Directors, Officers and staff of Ministry of Defence.
Among the aim of the ceremony is to reminiscence on the deeds and to express appreciation to all the retired officers and staff of the Ministry of Defence for their contributions throughout their service at the Ministry. It is also intended to maintain friendship and family relationships between officers and staff who are still serving and retired.





JERUDONG, Khamis 10 Januari 2013
– Kementerian Pertahanan pagi ini mengadakan Majlis Penyerahan
Sijil-Sijil Perkhidmatan bagi Pesara-Pesara Warga Awam Kementerian
Pertahanan. Majlis berlangsung di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong
bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam yang telah
menamatkan perkhidmatan pada 1 Oktober 2011 hingga 30 September 2012.
Majlis
dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan dari Pengerusi
Majlis, Awang Nor Aidil bin Haji Abu Bakar, Pemangku Pengarah
Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Kementerian Pertahanan.
Tetamu
kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji
Mustappa bin Haji Sirat, yang juga menyampaikan ucapan dan seterusnya
menyampaikan Sijil-Sijil Perkhidmatan kepada Pesara-Pesara.
Seramai
19 orang pesara warga perkhidmatan awam Kementerian Pertahanan yang
terdiri daripada 15 lelaki dan 4 perempuan menerima sijil penghargaan
mereka. Majlis juga diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderahati
kepada lima penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Kementerian Pertahanan
yang terdiri dari 2 orang Pegawai Bahagian II dan 3 orang pegawai dan
kakitangan Bahagian III, IV dan V yang telah menerima Anugerah Pekerja
Cemerlang sempena Hari Perkhidmatan Awam kali ke-19. Manakala sijil
penghargaan diberikan kepada 2 orang Pegawai Kementerian Pertahanan yang
telah mengharumkan nama negara.
Turut
hadir ialah Setiausaha Tetap, Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata
Diraja Brunei (ABDB), Timbalan Setiausaha Tetap, Pemerintah-Pemerintah
Tentera dan Komandan, Pengarah-pengarah, pegawai-pegawai serta
kakitangan Kementerian Pertahanan.
Antara
tujuan majlis ini ialah bagi mengenang jasa dan memberi penghargaan
kepada semua pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan yang telah
bersara diatas sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan selama bertugas
di Kementerian ini. Ini merangkumi segala sumbangan dalam bentuk
tenaga, buah fikiran, sokongan moral, kewangan, masa dan juga pengalaman
yang sudah setentunya amat signifikan dan tinggi nilainya kepada
Kementerian Pertahanan.