BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 19 Januari 2013 – Majlis Penyerahan bendera Negara Brunei Darussalam kepada rombongan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan menghadiri  Pertandingan Tilawah dan Menghafal Al-Quran Al-Karim bagi anggota Tentera Islam Antarabangsa di Republik Islam Iran bagi tahun 2013.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Wakil Pemerintah ABDB, Leftenan Kolonel Haji Abdul Ghani Bin Abdullah, Ketua Inspektorat ABDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat dipimpin oleh Lt Narulismandy Bin Haji Samaih, Pegawai Latihan Jabatan Agama ABDB. Penyerahan bendera diserahkan kepada Kapten Ariffin Bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB selaku ketua rombongan.

ABDB menghantar 2 kategori penyertaan, masing-masing diwakili oleh SSjn (L) Aliuddin Bin Haji Sarbini anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei bagi kategori Tilawah Al-Quran dan LKpl Pg Kamarul Sarip Bin Pg Haji Seripudin anggota dari Jabatan Agama ABDB bagi Kategori hafalan 5 Juzuk Al-Quran.

Selain dari itu ABDB juga turut menghantar penyertaan ke pertandingan yang lain, pertandingan menghafal Al-Quran Anugerah Putera Sultan Abdul Aziz di Arab  Saudi yang mana ianya diadakan setiap 2 tahun sekali.

Majlis penyerahan bendera Kebangsaan berkenaan turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, anggota ABDB serta kaum keluarga.