BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday 7 February 2013 – The ASEAN Defence Senior Officials Meeting Plus Working Group Meeting (ADSOM-Plus WG) was held today at the Centrepoint Hotel, Gadong, Brunei Darussalam. Chairing the meeting was Haji Adi Ihram Dato Paduka Haji Mahmud, Acting Director of Defence Policy, Directorate of Defence Policy, Ministry of Defence.
The ADSOM-Plus WG meeting was attended by more than 60 participants from the ASEAN Member States, namely Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, the Philippines, Singapore, Thailand, and Vietnam; as well as the ‘Plus’ countries, namely Australia, China, India, Japan, New Zealand, Republic of Korea, Russia and USA.
During the meeting today, the ADSOM-Plus WG was updated on the key progress of the five areas of cooperation under the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM)-Plus Experts’ Working Group (EWG), which are the EWG on Humanitarian Assistance and Disaster Relief (Co-Chaired by Vietnam and China), EWG on Maritime Security (Co-Chaired by Malaysia and Australia), EWG on Military Medicine (Co-Chaired by Singapore and Japan), EWG on Counter-Terrorism (Co-Chaired by Indonesia and USA) and EWG on Peacekeeping Operations (Co-Chaired by Philippines and New Zealand).
The Meeting was also updated on the current progress in the preparations towards the ADMM-Plus Humanitarian Assistance and Disaster Relief and Military Medicine Exercise (ADMM-Plus HADR and MM Ex), that will be held in Brunei Darussalam on 16 – 20 June 2013. The ADMM-Plus HADR and MM Ex will be the first exercise under the ADMM-Plus mechanism that will represent a concrete demonstration of practical cooperation. The Exercise is scheduled to be held back-to-back with the 2nd ASEAN Militaries’ Humanitarian Assistance and Disaster Relief Exercise (2nd AHX). Both Exercises are the major deliverables during Brunei Darussalam’s ADMM and ADMM-Plus Chairmanship this year.
The ADMM, which was established in 2006, is the highest defence mechanism within ASEAN. The annual ADMM facilitates the ASEAN Defence Ministers to discuss and exchange views on current defence and security issues and challenges faced in the region. The ADMM aims to promote mutual trust and confidence through greater understanding of defence and security challenges as well as enhancement of transparency and openness.
Some of the outstanding achievements of the ADMM include the adoption of concept papers to advance the cooperation in the areas of HADR, specifically the Concept Paper on the Use of ASEAN Military Assets and Capacities in Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) and the Concept Paper on Defence Establishments and Civil Society Organisations (CSOs) Cooperation on Non-Traditional Security. The ADMM has also conducted a Table-Top Exercise in HADR under the framework of the Third Workshop of the ASEAN Defence Establishments and CSOs Cooperation in Non-Traditional Security, hosted by Thailand in 2011. In the effort to strengthen regional defence and security cooperation, the 5th ADMM adopted the Concept Paper on the Establishment of ASEAN Defence Industry Collaboration (ADIC) and the Concept Paper on the Establishment of ASEAN Peacekeeping Centres Network.
The ADMM-Plus is a wider mechanism to engage with ASEAN Dialogue Partners in cooperation on defence and security matters. The inaugural ADMM-Plus was convened in Ha Noi, Viet Nam, on 12 October 2010. Some of the most outstanding progress of the ADMM-Plus has included the establishment of the Experts’ Working Group (EWG) in five areas of practical cooperation, namely the EWG on Maritime Security, EWG on Counter-Terrorism, EWG on Humanitarian Assistance and Disaster Relief, EWG on Peacekeeping Operations and EWG on Military Medicine.




MESYUARAT KUMPULAN KERJA PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PERTAHANAN ASEAN PLUS
BANDAR SERI BEGAWAN Khamis 7 Februari 2013
– Mesyuarat Kumpulan Kerja Pegawai-Pegawai Kanan Pertahanan ASEAN Plus
telah berlangsung pada hari ini di Hotel Centrepoint, Gadong, Negara
Brunei Darussalam. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Haji Adi
Ihram Dato Paduka Haji Mahmud, Pemangku Pengarah Dasar Pertahanan,
Jabatanarah Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan.
Mesyuarat
Kumpulan Kerja ADSOM-Plus telah dihadiri oleh lebih daripada 60 peserta
dari Negara Ahli ASEAN, iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia,
Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam;
serta negara-negara ‘Plus’, iaitu Australia, China, India, Jepun, New
Zealand, Republik Korea, Rusia dan Amerika Syarikat.
Pada
mesyuarat hari ini, Kumpulan Kerja ADSOM-Plus telah dikemaskinikan
dengan kemajuan utama daripada lima bidang kerjasama di bawah Kumpulan
Kerja Pakar (EWG) Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM)
Plus, iaitu Kumpulan Kerja Pakar Bantuan Kemanusiaan dan Bencana
(Dipengerusikan bersama oleh Vietnam dan China), Kumpulan Kerja Pakar
Keselamatan Maritim (Dipengerusikan bersama oleh Malaysia dan
Australia), Kumpulan Kerja Pakar Perubatan Tentera (Dipengerusikan
bersama oleh Singapura dan Jepun), Kumpulan Kerja Pakar Cegah Keganasan
(Dipengerusikan bersama oleh Indonesia dan Amerika Syarikat) dan
Kumpulan Kerja Pakar Operasi Keamanan (Dipengerusikan bersama oleh
Filipina dan New Zealand).
Mesyuarat
ini juga telah dikemaskini mengenai perkembangan semasa dalam persiapan
bagi Latihan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana dan Perubatan Tentera
ADMM-Plus (ADMM-Plus HADR dan MM), yang akan diadakan di Negara Brunei
Darussalam pada 16 – 20 Jun, 2013. Eksesais ADMM-Plus HADR dan MM akan
menjadi eksesais yang pertama di bawah mekanisme ADMM-Plus sebagai
demonstrasi yang kukuh bagi kerjasama praktikal. Eksesais ini akan
diadakan secara ‘back-to-back’ dengan Eksesais Bantuan Kemanusiaan dan
Bencana Tentera-Tentera ASEAN kali ke-2 (2nd AHX). Kedua-dua eksesais
adalah hasil utama bagi Pengerusi ADMM dan ADMM-Plus di Negara Brunei
Darussalam pada tahun ini.
ADMM,
yang ditubuhkan pada tahun 2006, adalah mekanisme pertahanan tertinggi
dalam ASEAN. Mesyuarat tahunan ADMM memudahcarakan Menteri-Menteri
Pertahanan ASEAN untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai
pertahanan semasa dan isu-isu keselamatan dan cabaran-cabaran yang
dihadapi di rantau ini. ADMM bertujuan untuk mempromosikan kepercayaan
bersama dan juga keyakinan menerusi kefahaman yang lebih mantap mengenai
cabaran-cabaran pertahanan dan keselamatan serta peningkatan ketelusan
dan keterbukaan.
Antara
pencapaian terunggul ADMM termasuk penerimaan kertas konsep untuk
melanjutkan kerjasama dalam bidang HADR, khususnya Kertas Konsep
mengenai Penggunaan Aset-Aset dan Kapasiti-Kapasiti Tentera ASEAN dalam
Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) dan Kertas Konsep mengenai
Kerjasama Pertubuhan Pertahanan dan Organisasi-Organisasi Masyarakat
Sivil (CSOs) dalam Keselamatan Bukan Tradisional. ADMM juga telah
mengendalikan eksesais ‘Table Top’ HADR di bawah rangka kerja Bengkel
Ketiga Pertubuhan Pertahanan ASEAN dan Kerjasama CSOs dalam Keselamatan
Bukan Tradisional, yang dihoskan oleh Thailand pada tahun 2011. Dalam
usaha untuk mengukuhkan pertahanan dan keselamatan kerjasama serantau,
ADMM kali ke-5 menggunakan Kertas Konsep Penubuhan Kerjasama Industri
Pertahanan ASEAN (ADIC) dan Kertas Konsep Penubuhan Rangkaian
Pusat-Pusat Menjaga Keamanan ASEAN.
ADMM-Plus
adalah satu mekanisme yang lebih meluas yang melibatkan Rakan Dialog
ASEAN dalam kerjasama pertahanan dan hal ehwal keselamatan. ADMM-Plus
yang pertama telah diadakan di Ha Noi, Viet Nam, pada 12 Oktober 2010.
Antara kemajuan yang paling terunggul dari ADMM-Plus termasuk penubuhan
Kumpulan Kerja Pakar (EWG) dalam lima bidang kerjasama praktikal, iaitu
Kumpulan Kerja Pakar Keselamatan Maritim, Kumpulan Kerja Pakar Cegah
Keganasan, Kumpulan Kerja Pakar Bantuan Bencana dan Kemanusiaan,
Kumpulan Kerja Pakar Operasi Menjaga Keamanan dan Kumpulan Kerja Pakar
Perubatan Tentera.