BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday 6 February 2013 – Delegations from the ASEAN Member States and the Plus countries, consisting of Australia, China, India, Japan, New Zealand, Republic of Korea, Russia and USA are in the country for the ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting Plus Working Group (ADSOM Plus WG) that is scheduled to take place on 07 Feb 2013 at the Centrepoint Hotel, Gadong, Brunei Darussalam.
To welcome the delegates, a dinner reception was held at the Rizqun International Hotel, Gadong, hosted by the Permanent Secretary (Defence Policy and Development), Colonel (Rtd) Pg Dato Paduka Haji Azmansham bin Pg Haji Mohamad. Prior to the reception, the Permanent Secretary (Defence Policy and Development), received courtesy calls by the Heads of Delegations of the ADSOM-Plus WG.
The courtesy call was then followed by the opening of the dinner reception, where the Permanent Secretary (Defence Policy and Development) in his welcoming remarks said, “This year is truly an auspicious occasion for Brunei Darussalam as it assumes the ASEAN Chairmanship. I am honoured to be part of it, in particular the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM).Your present in this Working Group Meetings shows a positive support towards Brunei’s preparation for the ADSOM in April, the ADMM in May, the ADMM Retreat and eventually the 2nd ADMM-Plus in August 2013.”
He added,
“This year also marks another significant milestone in the history of practical cooperation in the ADMM and the ADMM-Plus, whereby Brunei Darussalam will host the first ADMM-Plus EWGs exercise on Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) and Military Medicine this June. The exercise is seen as landmark cooperation amongst the defence forces of the ADMM-Plus Member States, which contributes towards the building of regional capacity in addressing non-traditional security challenges in particular disaster management. In this regard, may I take this opportunity to thank you all for your support and contributions for the exercise.”






BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday 6 Februari 2013
– Delegasi daripada Negara-Negara Ahli ASEAN dan negara-negara Plus,
yang terdiri daripada Australia, China, India, Jepun, New Zealand,
Republik Korea, Rusia dan Amerika Syarikat berada di negara ini bagi
Mesyuarat Kumpulan Kerja Pegawai-Pegawai Kanan Pertahanan ASEAN Plus
(ADSOM Plus WG) yang akan berlangsung pada 7 Feb 2013 di Hotel
Centrepoint, Gadong, Negara Brunei Darussalam.
Untuk
mengalu-alukan para perwakilan, satu majlis makan malam telah
diadakan di Rizqun International Hotel, Gadong, yang dihoskan oleh
Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan Pembangunan), Kolonel (B)
Pengiran Dato Paduka Haji Azmansham bin Pengiran Haji Mohamad. Sebelum
memulakan majlis makan malam, Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan
Pembangunan), menerima kunjungan hormat dari Ketua Delegasi Kumpulan
Kerja ADSOM-Plus.
Kunjungan
hormat kemudiannya diikuti dengan pembukaan majlis makan malam, di mana
Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan Pembangunan) dalam ucapan
alu-aluannya berkata,
“Majlis
ini merupakan satu majlis yang sangat bermakna bagi Negara Brunei
Darussalam kerana menjawat Pengerusi ASEAN. Saya amat berbesar hati
untuk menjadi sebahagian daripadanya, terutama sekali dalam Mesyuarat
Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM). Kehadiran anda dalam Mesyuarat
Kumpulan Kerja ini merupakan sokongan positif ke arah persediaan Negara
Brunei Darussalam bagi mesyuarat-mesyuarat ADSOM pada bulan bulan Apri,
ADMM bulan Mei, ‘ADMM Retreat’ dan ADMM-Plus kali ke-2 pada bulan Ogos
2013.”
Beliau menambah, “Tahun
ini juga merupakan titik kejayaan penting dalam sejarah kerjasama
praktikal bagi mesyuarat-mesyuarat ADMM dan ADMM-Plus, di mana Negara
Brunei Darussalam akan menjadi tuan rumah eksesais Pakar Kumpulan Kerja
(EWG) Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) Plus bagi
Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) dan Perubatan Tentera pada bulan
Jun ini. Latihan itu dilihat sebagai mercu tanda kerjasama di kalangan
angkatan pertahanan negara-negara anggota ADMM-Plus, yang menyumbang ke
arah pembinaan keupayaan serantau dalam menangani cabaran-cabaran
keselamatan bukan tradisional khususnya dalam pengurusan bencana. Dalam
hal ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih
kepada anda semua di atas sokongan dan sumbangan untuk eksesais
tersebut.”