MUARA, Jumaat 22 Nov 2013 – BAKTI TLDB telah menghulurkan sumbangan kepada Pusat Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan dan Pusat Khidmat Pergigian Tentera Laut Diraja Brunei. Majlis telah dilaksanakan di Pusat Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan TLDB, Pangkalan Muara.
Penyerahan telah disampaikan oleh Ketua Cawangan BAKTI TLDB, Datin Hjh Umiyati binti Haji Mohd Noor, isteri kepada Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei dan dihadiri oleh ahli-ahli BAKTI TLDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-fatihah yang diketuai oleh Ustaz Pg Haji Mohd Sofian bin Pg Haji Aliuddin, dan diikuti dengan penyerahan plak cenderahati kepada Lt Kol Dr Mohd Hiza Wardy bin Haji Abdul Halim, selaku Pegawai Perubatan Pusat Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Tentera Laut Diraja Brunei, dan kepada Mej Lindsay Falla, selaku Pegawai Pusat Khidmat Pergigian Tentera Laut Diraja Brunei.
Sumbangan berupa barang-barang keperluan seperti kerusi roda, permainan dan buku-buku hasil kutipan warga TLDB dan ahli-ahli BAKTI TLDB. Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat.
