BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat 22 Nov 2013 – Badan Kebajikan Isteri-Isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI) telah mengadakan Perlawanan Bowling Persahabatan bersama Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) di MegaStrike Bowling Center, Airport Mall,Berakas. 

Perlawanan ini adalah yang pertama kali diadakan bagi kedua persatuan dan ianya bertujuan untuk mengenali lagi lebih rapat disamping dapat mengeratkan silaturahim diantara kedua-dua persatuan.

Tetamu Kehormat Perlawanan Bowling Persahabatan ini ialah Datin Rosminah binti Haji Abdul Hamid, Isteri Persuruhjaya Tinggi Polis Diraja Brunei. Seramai 120 orang Ahli dari kedua-dua Persatuan hadir bagi memeriahkan perlawanan Bowling Persahabatan ini dan diikuti dengan Pertukaran Cenderahati. Acara Perlawanan Bowling Persahabatan ini di Pengerusikan oleh Gabungan BAKTI Tentera Darat,BAKTI Tentera Udara dan BAKTI Institut Latihan dan ianya adalah sebahagian daripada Aktiviti Sosial Tahunan yang diadakan setiap tahun oleh BAKTI.