BERAKAS GARISON, Jumaat 8 Februari 2013 – Pertandingan Dikir Syarafil Anam Peringkat ABDB telah berlangsung buat kali kedua diadakan bersempena dengan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun 1434H/2013M. Pertandingan dianjurkan oleh Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT).

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Lelaki dan Perempuan yang diadakan serentak. Pertandingan Kategori Lelaki diadakan di Dewan Pahlawan, Berakas Garison, manakala Kategori Perempuan diadakan di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Muncul juara dalam Pertandingan Dikir Syarafil Anam Peringkat ABDB kategori Lelaki ialah dari Tentera Laut Diraja Brunei. Johan Menerima Piala Pusingan, Piala Iringan serta Piala Perseorangan. Manakala tempat kedua disandang oleh Tentera Darat Diraja Brunei dan tempat ketiga Tentera Udara Diraja Brunei.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyampaikan hadiah-hadiah pertandingan ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah ABDB, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-komondan, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai kanan, Pegawai-Pegawai serta PTB-PTB Kanan dan rendah.

Manakala di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Askar Wanita di juarai oleh Institut Latihan ABDB, tempat kedua jatuh kepada Tentera Udara Diraja Brunei dan Akademi Pertahanan ABDB ditempat ketiga.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyampaikan hadiah-hadiah pertandingan ialah Lt Kol Hajah Hashimah binti Haji Abu Bakar, Timbalan Komandan Akademi Pertahanan ABDB. Turut hadir dimajlis tersebut pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota Askar Wanita ABDB.