PENANJONG GARRISON, Friday, 15 February 2013 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) awarded Long Service and Good Conduct Medals to 191 in-service and retired RBAF personnel this morning in a ceremony held at the Ground Parade of the Training Institute (RBAF) in Penanjong Garrison.

The medals were presented to the recipients by the RBAF Commander, Major General Dato Paduka Seri Hj Aminuddin Ihsan Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Hj Abidin.

The medals are conferred to military personnel with an exemplary record of conduct throughout their 18 years’ of unblemished service. The Long Service and Good Conduct Medal are also awarded as a mark of appreciation for the selected members of the RBAF who distinguished themselves by outstanding meritorious achievement and service to the RBAF. Apart from that, the medals were given to ex-RBAF personnel with a staunch contribution.

The medal recipients were made up of the 79th ,80th ,81st ,82nd  and 83rd Male Recruitment Intake; Boys Wing from intake 6th , 11th , 12th  and 13th ; and the Female Recruitment of 19th , 20th , 21st and 22nd intake.

The parade was led by Lieutenant Colonel Haji Damit bin Haji Bakar, who was also one of the medal recipients.

191 ANGGOTA TENTERA TERIMA PINGAT KERJA LAMA DAN PERANGAI BAIK


PENANJONG GARISON, Jumaat, 15 Februari 2013
-  Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada pagi ini telah
menyampaikan penganugerahan Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik
(Tentera) kepada 191 anggota tentera yang masih berkhidmat dan yang
telah bersara di dalam satu majlis yang diadakan di Padang Kawad
Institut Latihan (ABDB)Penanjong Garison.

 
Pingat-pingat disampaikan
oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Hj Aminuddin Ihsan
Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Hj Abidin selaku tetamu
kehormat.

Para
penerima pingat terdiri daripada Askar Lelaki Pengambilan ke 79, 80, 81,
82 dan 83; Askar Muda Pengambilan ke 6, 11, 12 dan 13; Askar Wanita
Pengambilan ke 19, 20, 21 dan 22.

Pengurniaan
pingat adalah diberikan kepada anggota tentera yang mempunyai rekod
kelakuan teladan sepanjang 18 tahun perkhidmatan tanpa dicemari.
Pengurniaan Pingat ini adalah juga sebagai pengiktirafan anggota-anggota
ABDB yang terpilih dan telah memberikan perkhidmatan yang berkesan
melangkaui kebiasaan, di samping menunjukkan kebolehan, cekap, berilmu
dan berkepakaran dalam kerjaya masing-masing serta berperangai baik.
Selain dari itu, ianya diberikan adalah untuk mengenang jasa bakti
tentera yang telah berkhidmat di ABDB.

Perbarisan tersebut diketuai oleh Leftenan Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar, yang juga merupakan salah satu penerima pingat.