PENANJONG GARRISON, Tuesday 12 February 2013 – The Special Forces Regiment (SFR) of the Royal Brunei Armed Forces celebrated its 37th Anniversary. The ceremony was held at the Binturan Firing Range and at the Fighting In Built Up Area (FIBUA) Village in Penanjong Garrison.
The guest of honor during this event was Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Commander of the Royal Brunei Armed Forces.
Also present during this ceremony was the Joint Force Commander, First Admiral Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, The Commanding Officer of the Special Forces Regiment, Colonel Dato Paduka Haji Harith bin Haji Abd Karim, senior officers and personnel of the Special Forces Regiment.
This year’s celebration was themed ‘Pengorbanan Demi Agama, Raja, Bangsa dan Negara’ (Sacrifices for the Religion, the Monarchy, the People and the Nation). The celebration saw the SFR mounting several demonstrations as a statement of its readiness whilst illustrating its full ability in facing the potentials of today’s traditional and non-traditional security threats.
The Commander of RBAF emphasised his satisfaction and confidence on the state of the SFR’s preparation, in his speech to the men of the Regiment after observing the demonstration first hand. He also thanked all members of the Regiment and praised the sacrifices they have undertaken, underscoring the relevance and significance of this year’s theme of the celebration. He further added that an honest sacrifice, which is pure and true, is a major attribute to be instilled in every member of an elite unit such as the SFR.


PENANJONG GARISON, Selasa 12 Februari 2013
– Rejimen Pasukan Khas (RPK), Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah
menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 37 tahun pada hari ini.
Majlis tersebut telah diadakan di Padang Tembak Binturan dan di Fighting
In Built Up Area (FIBUA) Village di Penanjong Garison.
Hadir
selaku Tetamu kehormat bagi majlis tersebut ialah Mejar Jeneral Dato
Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato
Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Turut
hadir semasa majlis ini adalah Pemerintah Markas Angkatan Bersama,
Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd
Tamit, Pegawai Pemerintah Rejimen Angkatan Khas, Kolonel Dato Paduka
Haji Harith bin Haji Abd Karim, pegawai-pegawai kanan dan
anggota-anggota Rejimen Pasukan Khas
Sambutan
pada tahun ini bertemakan ‘Pengorbanan Demi Agama, Raja, Bangsa dan
Negara’. RPK semasa sambutan ini telah mempersembahkan beberapa
pertunjukan menayangkan kesiapsiagaan dan keupayaan Rejimen dalam
menghadapi ancaman keselamatan tradisional mahupun yang bukan
tradisional.
Dalam ucapan beliau kepada
pegawai-pegawai serta anggota RPK, Pemerintah ABDB menyatakan rasa puas
hati dan rasa yakin beliau akan persiapan yang telah dijalankan sehingga
kini. Beliau seterusnya menyatakan penghargaan atas pengorbanan yang
tinggi yang mereka lakukan dan berpendapat bahawa sifat ini adalah
sangat mulia dan suci serta adalah amat bersesuaian untuk diketengahkan
melalui pilihan tema sambutan pada tahun ini. Beliau menambah bahawa
perilaku dan niat yang tulus dan murni adalah sangat tinggi nilainya dan
amat penting untuk dipupuk di dalam sanubari setiap anggota pasukan
elit seperti RPK.