BOLKIAH GARISON, Wednesday 1 May 2013 – The Directorate of Development and Work Services (DDWS) was certified with the ISO 9001:2008 ‘Quality Management System’ today. DDWS has been intensively audited since January 30 – March 01 and certified to be in conformance with ISO 9001:2008 standard by an audit team from Bureau Veritas (Brunei).


The audit process is divided into two (2) stages where Stage 1 is the Manual Review (Onsite) and Stage 2 is the Certification Audit.


Stage 1 was held on 30th January 2013 and declared successful in meeting the objectives as listed:

1.    The management system has been planned to conform with all the requirements of the audit standard;

2.    The management system is designed to achieve the organization’s policy objectives;

3.    Based on the information provided, the system is designed to identify and manage compliance with statutory, regulatory and contractual requirements;

4.    The internal audits and management review planning assure appropriate coverage prior to the stage 2 audit;

5.    Any scope exclusions are appropriate and justified.



Stage 2 audit was held from 28th February to 01st March 2013 and the objectives are:


•    To confirm that the management system conforms with all the requirements of the audit standard;

•    To confirm that the organization has effectively implemented its planned arrangements;

•    To confirm that the management system is capable of achieving the organisation’s policies objectives.


Locations and sites that had been selected to be audited are DDWS HQ (Management Representatives, Development Project Section, Estate Maintenance Section and Administration & Finance Section), two (2) project sites comprises of Berakas Garrison (F-Flats) and RBAF Airbase (Sports Complex) and also four (4) estates from Estate Maintenance Section: Bolkiah Garrison, Berakas Garrison, Penanjong Garrison and Tutong Camp.


Several preparations had been taken by DDWS such as conducting internal audits before the external audit is conducted. This is to ensure that the management system practiced by officers and staffs in carrying out their duties and responsibilities are in accordance with Brunei Darussalam ISO 9001:2008 Standard.


With all the preparations made by the officers and personnel and also consultant’s guidance, this directorate was successfully able to achieve its conformity and effectiveness in the implementation of the Quality Management System in compliance with the requirements of the ISO 9001:2008 standard for multi-site certification as disclosed by the auditor on 01st May 2013.

JABATANARAH PEMBANGUNAN & PERKHIDMATAN KERJA DISAHKAN ISO 9001:2008


BOLKIAH GARISON, Rabu 1 May 2013
– Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja (JPPK) hari ini telah
disahkan dengan ISO 9001:2008 ‘Quality Management System’. Kerja-kerja
audit telah dijalankan secara intensif sejak 30 Januari hingga 01 Mac
dan disahkan dengan kesesuaian standard ISO 9001:2008 oleh pasukan audit
dari Bereau Veritas (Brunei).


Proses audit dibahagikan kepada dua (2) peringkat di mana
Peringkat 1 adalah Kajian Manual (Onsite) dan Peringkat 2 pula adalah
Audit Persijilan.


Peringkat 1 telah diadakan pada 30 Januari 2013 dan diisytiharkan berjaya memenuhi objektif seperti yang disenaraikan:


1.    Sistem pengurusan telah dirancang untuk disesuaikan dengan semua keperluan standard audit;

2.    Sistem pengurusan direka untuk mencapai objektif-objektif dasar organisasi;

3.  
 Berdasarkan maklumat yang diberikan, sistem ini direka untuk mengenal
pasti dan menguruskan pematuhan kepada keperluan-keperluan berkanun,
peraturan dan kontrak;

4.    Audit dalaman dan perancangan kajian semula pengurusan memastikan perlindungan yang wajar sebelum ke peringkat 2 audit;

5.    Mana-mana pengecualian skop yang sesuai dan wajar.



Peringkat 2 audit telah diadakan dari 28 Februari hingga 01 Mac 2013 dan objektifnya adalah:


•    Untuk mengesahkan bahawa sistem pengurusan patuh dengan semua keperluan standard audit;

•    Untuk mengesahkan bahawa organisasi yang telah melaksanakan penyusunan-penyusunan yang dirancang dengan berkesan;

•    Untuk mengesahkan bahawa sistem pengurusan mampu mencapai dasar objektif organisasi.


Lokasi serta tapak yang telah dipilih untuk diaudit adalah Ibu
Pejabat JPPK (Wakil-wakil Pengurusan, Bahagian Kemajuan Projek, Bahagian
Pemeliharaan Estet dan Bahagian Pentadbiran & Kewangan), dua (2)
tapak projek terdiri daripada Berakas Garrison (F-Flats) dan Pangkalan
Tentera Udara (Kompleks Sukan) dan empat (4) cawangan Bahagian
Pemeliharaan Estet iaitu Bolkiah Garison, Berakas Garison, Penanjong
Garison dan Perkhemahan Tutong.


Beberapa persediaan telah diambil oleh JPPK seperti menjalankan
audit dalaman sepanjang tahun 2012 sebelum ‘external audit’ dijalankan.
Ini adalah bagi memastikan bahawa sistem pengurusan yang diamalkan oleh
pegawai-pegawai dan kakitangan dalam menjalankan tugas-tugas dan
tanggungjawab adalah mengikut garispandu PBD ISO 9001:2008.

Dengan
segala persediaan yang dibuat oleh pegawai-pegawai dan kakitangan dan
juga bimbingan pihak Konsaltan, JPPK telah berjaya mencapai pematuhan
dan keberkesanan dalam Sistem Pengurusan yang berkualiti dalam mematuhi
keperluan Standard ISO 9001:2008 bagi ‘multi-site certification’
sepertimana yang telah dinyatakan oleh Juru Audit berkenaan pada 01 Mei
2013.