BOLKIAH GARRISON, Monday 11 March 2013 – His Excellency Pehin Datu Panglima Colonel (Retired) Dato Paduka Haji Abdul Jalil bin Haji Ahmad, newly appointed Brunei Darussalam’s Ambassador to Federal Republic of Germany, this afternoon made a call to the Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat at  Ministry of Defence.

During the call, both the Deputy Minister and Ambassador-designate exchanged views to further promote the good relations between Brunei and Germany, particularly in the areas of defence cooperation.  

His Excellency Pehin Datu Panglima Colonel (Retired) Dato Paduka Haji Abdul Jalil bin Haji Ahmad recently ended his tour of duty as Brunei Darussalam’s High Commissioner to the Islamic Republic of Pakistan, and is also a former Commander of Royal Brunei Navy.

His Excellency Pehin Datu Panglima Colonel (Retired) Dato Paduka Haji Abdul Jalil bin Haji Ahmad received his Letter of Credence from His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 26 February 2013.



KUNJUNGAN OLEH UTUSAN BRUNEI YANG BARU KE JERMAN KEPADA TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN


BOLKIAH GARISON, Isnin 11 Mac 2013
– Tuan Yang Terutama Pehin Datu Panglima Kolonel (B) Dato Paduka Haji
Abdul Jalil bin Haji Ahmad, Duta Brunei Darussalam ke Republik
Persekutuan Jerman yang baru dilantik, petang ini telah membuat
kunjungan kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa
bin Haji Sirat di Kementerian Pertahanan.

Semasa
kunjungan tersebut, Timbalan Menteri dan bakal Duta telah
bertukar-tukar pandangan untuk meningkatkan lagi perhubungan baik di
antara Brunei dan Jerman, khususnya di dalam bidang kerjasama
pertahanan.

Tuan
Yang Terutama Pehin Datu Panglima Kolonel (B) Dato Paduka Haji Abdul
Jalil bin Haji Ahmad baru menamatkan tugasan beliau sebagai Pesuruhjaya
Tinggi Brunei Darussalam ke Republik Islam Pakistan, dan  juga sebelum
ini merupakan Pemerintah Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei. 

Tuan Yang Terutama Pehin Datu Panglima Kolonel (B)
Dato Paduka Haji Abdul Jalil bin Haji Ahmad telah menerima Surat
Watikah Perlantikan beliau di hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam pada 26 Februari 2013.