RIMBA, GADONG  Jumaat 15 Mac 2013 – Kursus Asas dan Lanjutan bagi Ahli-Ahli Pasukan Pancaragam Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Siri 1/2013 bermula pada 11 hingga 15 Mac 2013, bertempat di Pasukan Kadet Tentera, Kem Rimba Gadong.   Tujuan Kursus ini dijalankan adalah untuk melatih dan menguji kebolehan mereka dalam mempelajari dan bermain peralatan-peralatan muzik. 

Objektif yang hendak dicapai ialah :

•    Ahli-Ahli Pasukan Pancarangam Kadet Tentera ABDB boleh bermain alat muzik.
•    Boleh membuat persembahan secara individu dan berkumpulan.
•    Memperolehi pengalaman dan pengetahuan baru.
•    Lulus ujian kenaikan pangkat bagi Pasukan Pancaragam Kadet Tentera ABDB (ahli lama sahaja)

Tenaga pengajar bagi kursus ini adalah terdiri dari 7 orang Jurulatih Pancaragam (2 orang dari Pancaragam ABDB dan 5 orang dari Pancaragam TLDB). Jumlah kadet tentera yang mengikuti kursus tersebut adalah seramai 86 orang yang terdiri dari Kadet Tentera Sekolah Menengah Berakas, Kadet Tentera Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Kadet Tentera Sekolah Menengah Rimba II yang mana seramai 45 orang mengikuti kursus asas dan 41 orang kursus lanjutan.  

Tetamu Kehormat bagi majlis penutup kursus berkenaan ialah Leftenan Kolonel Norshahrinizam bin Haji Talib, Pegawai Pemerintah Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei.


Gambar-Gambar oleh Sjn Halimas Hj Mohammad, PRU