RIMBA,  Tuesday 21 May 2013 – The blood donation campaign to commemorate the 52 Royal Brunei Armed Forces Anniversary Celebration continued today at Royal Brunei Malay Reserve Camp, Rimba, Gadong involving 40 personnel from the  Military Police Headquarters and Royal Brunei Malay Reserve.


Eversince the campaign started, the RBAF has successfully accumulated 255 pints of blood.The campaign has also been extended to all units under the RBAF at all military camps. The blood donation campaign aims to render support and illustrate RBAF concern towards the local community in contributing to the national blood bank.  It also serves to instill the charitable attribute in each of the military personnel that donating one unit of blood would save lives.

This blood donation campaign is not only open for RBAF personnel but RBAF families and ex-service personnel are also encouraged to donate in this goodwill campaign. The next blood donation campaign is scheduled to on 23rd May 2013 at the Officer Cadet School, Sungai Akar Camp.

 255 PINT DARAH DIKUTIP MELALUI KEMPEN


RIMBA, Selasa 21 Mei 2013
– Kempen menderma darah bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke 52 tahun diteruskan
hari ini dan kali ini diadakan diBangunan Latihan, Askar Simpanan Melayu
Diraja Brunei  (ASMDB) Perkhemahan Rimba Gadong yang melibatkan 40
anggota-anggota Polis Tentera dan anggota-anggota ASMDB.

Sejak
kempen ini diadakan, ABDB telah berjaya mengutip sebanyak 255 pint
darah.  Kempen ini telah dilaratkan ke Unit-Unit ABDB yang lain di
kesemua perkhemahan tentera. Kempen derma darah ini bertujuan untuk
memberikan sokongan dan keprihatinan ABDB terhadap masyarakat tempatan
dalam menyumbangkan kepada tabung simpanan darah negara. Disamping itu,
kempen ini berperanan untuk menanamkan sifat beramal jariah kepada
anggota-anggota tentera dimana menderma satu unit darah boleh
menyelamatkan nyawa. 

Kempen
menderma darah ini bukan saja dibukakan untuk anggota ABDB, akan tetapi
ianya menggalakkan ahli-ahli  keluarga ABDB serta mantan-mantan
perajurit untuk ikut serta dalam kempen yang berkebajikan ini.

Kempen derma darah seterusnya akan berlangsung pada 23 Mei 2013 di bertempat Sekolah  Pegawai Kadet, Perkhemahan Sungai Akar.