BOLKIAH GARRISON, Saturday 1 June 2013 – His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), consented to attend the RBAF 52nd Anniversary Celebration this morning at the Ministry of Defence, Bolkiah Garrison.
 
On arrival His Majesty’s was greeted by the Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat and the Commander of RBAF, Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Accompanying His Majesty was His Royal Highness General Prince Haji Al-Muhtadee Billah, Senior Minister at the Prime Minister’s Office, and General of RBAF and His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik.

Shortly after the arrival at the Bolkiah Garrison Mini Stadium, His Majesty was accorded the Royal Salute before His Majesty consented to inspect the guard of honour lined up on the field. The guard of honour which comprised of 1,152 personnel from various RBAF units that includes Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (TUDB), Training Institute RBAF (TI RBAF), Special Force Regiment (SFR), Women Military Personnel, TUDB Fly-Pass Personnel and the RBAF Band.

Following the inspection, the grand parade preceded the slow and fast march, carrying with them His Majesty’s and RBAF regimental flags.

After executing the march past, His Majesty consented to deliver a Titah. Following the titah, His Majesty then received 3 chants of ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ by the grand parade.

A Doa Selamat was later read by the Deputy Head of RBAF Religious Department (JA’MAAT), Captain Ariffin bin Amit @ Hamid. Once again His Majesty received the royal salute, followed by the RBAirF air crafts fly-past.

After the parade, His Majesty and members of the Royal Family were greeted at the RBAF Museum where they viewed exhibitions. His Majesty then consented to launch the Golden Jubilee Book of the Royal Brunei Armed Forces.

His Majesty and His Royal Highness consented to receive greetings with the RBAF Non-Commissioned Officers at the Gymnasium. Here, His Majesty and members of the Royal Family also consented for a group photo and received a ‘pesambah’ from the RBAF Non-Commissioned Officers. Before leaving the Gymnasium, His Majesty and His Royal Highness consented to receive the ‘Junjung Ziarah’ from the RBAF other rank personnel and then signed the Royal Parchment.

His Majesty and members of the Royal Family visit the Royal Brunei Technical Services (RBTS) booth where paintall games facilities was set up and later viewed the Royal Brunei Navy static display.

His Majesty and members of the Royal Family Members then visited the Performance Optimization Centre of RBAF and viewed static display by the Royal Brunei Air Force. This was followed by a visit to the Institute of Defence and Strategic Studies Sultan Haji Hassanal Bolkiah before going for a quick view at the Royal Brunei Land Force Static Display.

His Majesty and members of the Royal Family Members then proceeded to the RBAF Band Building and received greetings from the RBAF Non-Commissioned Senior Officers followed by the signing of the Royal Parchment and a group photo.


Later
His
Majesty
and members of the Royal Family saw
Static Exhibition
hosted by
RBAF
Medical and
Dental
Services,
RBAF Officer Cadet School, Occupational Health
and Safety, Ministry of Defence,
Cadet School
Band and
from the
Ministry of Health and also
SMARTER Brunei.

His Majesty and members of the Royal Family Members were accorded to the Officers’ Mess to receive greetings from the RBAF Officers and the a luncheon together with officials of the Ministry of Defence, RBAF and former RBAF.

Upon arrival at the Officers’ Mess, His Majesty and His Royal Highness firstly took a group photograph and signed the Royal Parchment before consenting to view pictorial displays of visits made by His Majesty and His Royal Highness in the past.

Then His Majesty consented to cut the RBAF 52nd Anniversary cake and received a Pesambah. A ‘Doa Selamat’ was read by the Deputy Head of JA’MAAT, Captain Ariffin bin Amit @ Hamid prior to the ‘santap’.

His Majesty and members of the Royal Family then consented to receive a ‘junjung ziarah’ from the RBAF officers before leaving the event.


KDYMM BERKENAN BERANGKAT KE SAMBUTAN HUT ABDB KE 52


BOLKIAH GARISON, Sabtu 1 Jun 2013
-  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji
Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan berangkat ke Sambutan Hari
Ulang Tahun ABDB ke-52 yang berlangsung di Kementerian Pertahanan di
Bolkiah Garison pagi tadi.

Keberangkatan
tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Timbalan Menteri
Pertahanan, Dato Paduka Haji Awang Mustappa bin Haji Sirat dan
Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin
Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Berangkat
sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota
Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee, Menteri Kanan di Jabatan Perdana
Menteri dan Jeneral ABDB dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran
Muda ‘ Abdul Malik

Sejurus berangkat tiba di Mini Stadium Bolkiah Garison, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Tabik Hormat Diraja
dan memeriksa Pasukan-pasukan Perbarisan yang diketuai oleh Lt Kol Haji
Abdul Razak bin Haji Abd Kadir. Seramai 1,152 anggota ABDB yang terdiri
dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei
(TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan ABDB (IL
ABDB), Rejimen Pasukan Khas (RPK), Pasukan Askar Wanita, Pasukan Terbang
Lalu TUDB dan Pasukan Pancaragam ABDB.

Selepas
baginda memeriksa perbarisan, acara disusuli dengan perbarisan lalu
dalam masa perlahan dan cepat oleh pasukan-pasukan perbarisan yang
membawa Panji-panji Kebawah DYMM dan Panji-panji Pasukan ABDB.

Selepas
pergerakan perbarisan, Pasukan-Pasukan Perbarisan beratur semula dan
Baginda seterusnya berkenan mengurniakan titah. Ini diikuti dengan
laungan  ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ sebanyak tiga kali.

Doa
selamat kemudiannya dibacakan oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB
(JA’MAAT), Kapten Ariffin bin Amit @ Hamid. Dan sekali lagi Baginda
disembahkan dengan Tabik Hormat Diraja diikuti dengan terbang lalu
pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Brunei.

Baginda dan
Ahli-Ahli Kerabat Diraja seterusnya dijunjung ke Muzium ABDB untuk
menyaksikan pameran. Baginda kemudian dijunjung untuk melancarkan Buku
Jubli Emas Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Baginda
dan Ahli-Ahli Kerabat Diraja seterusnya dijunjung berangkat bagi Majlis
Ramah Mesra bersama Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah Rendah ABDB
bertempat di Dewan Serba Guna. Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan
Ahli-Ahli Kerabat Diraja juga berkenan untuk bergambar ramai dan
menerima pesambah yang disembahkan oleh Pegawai Tidak Bertauliah Rendah
ABDB. Sebelum meninggalkan Dewan Serba Guna, Baginda dan Ahli-Ahli
Kerabat Diraja berkenan untuk menerima Junjung Ziarah dari
Anggota-Anggota Lain-lain Peringkat ABDB dan menandatangani Lembaran
Kenangan Keberangkatan.

Seterusnya
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Ahli-Ahli Kerabat Diraja berkenan
menyaksikan Pameran dari Royal Brunei Technical Services (RBTS)dan
menyaksikan kemudahan Permainan Paintball. Baginda dan Ahli-Ahli Kerabat
Diraja seterusnya menyaksikan pameran statik Tentera Laut Diraja
Brunei.
 

Kebawah
Duli Yang Maha Mulia dan Ahli-Ahli Kerabat Diraja seterusya dijunjung
berangkat melawat ke Pusat Optima Kecergasan Tentera ABDB dan
menyaksikan pameran Tentera Udara Diraja Brunei. Ini diikuti dengan
lawatan ke Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji
Hassanal Bolkiah sebelum melawat ke pameran statik Tentera Darat Diraja
Brunei.

Kebawah
Duli Yang Maha Mulia dan Ahli-Ahli Kerabat Diraja kemudian dijunjung
berangkat ke Bangunan Pancaragam ABDB bagi Majlis Ramah Mesra bersama
Pegawai-Pegawai Tidak Bertauliah Kanan ABDB dan seterusnya
menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan diikuti dengan acara
bergambar kenangan.

Seterusnya
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Ahli-Ahli Kerabat Diraja menyaksikan
Pameran Statik yang disembahkan oleh Khidmat Pergigian dan Perubatan
ABDB, Sekolah Pegawai Kadet ABDB, Kesihatan dan Keselamatan Kerja
Kementerian Pertahanan, Pasukan Pancaragam Kadet Sekolah-Sekolah dan
dari Kementerian Kesihatan serta Persatuan SMARTER Brunei.

Majlis
diakhiri  dengan keberangkatan ke Mes Pegawai bagi acara Majlis Ramah
Mesra bersama Pegawai-Pegawai ABDB dan Majlis SantapTengahari bersama
pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan, ABDB dan mantan-mantan ABDB.

Kebawah
Duli Yang Maha Mulia dan Ahli-Ahli Kerabat Diraja dijunjung bagi
bergambar ramai dan menandatangani Lembaran Kenangan sebelum menyaksikan
persembahan ristaan gambar keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
ke ABDB.

Baginda
kemudian berkenan untuk memotong kek Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke
52 dan seterusnya berkenan menerima pesambah. Sebelum Majlis Santap
dimulakan, Doa Selamat dibacakan oleh Penolong Ketua JAMA’AT
(JA’MAAT), Kapten Ariffin bin Amit @ Hamid.

Kebawah
Duli Yang Maha Mulia dan Ahli-Ahli Kerabat Diraja berkenan menerima
Junjung Ziarah dari Pegawai-Pegawai ABDB sebelum berangkat meninggalkan
Mes.