BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday 13 June 2013 – This morning an exclusive interview was held with the Deputy Head of the People’s Republic of China’s (PRC) Contingent for the ASEAN Defence Ministers’ Meeting Plus (ADMM-Plus) Humanitarian Assistance and Disaster Relief and Military Medicine Exercise (HADR & MM Ex), Senior Colonel Wu Xihua, the Deputy Chief of the Emergency Office, General Staff HQs, PLA.
In the interview, Senior Colonel Wu Xihua confirmed that in supporting the ADMM Plus multinational exercise, the PRC contingent has sent 110 personnel that are grouped into various teams, namely, 50-person engineering team, a 35-person medical team, and 25 command and staff officers. The Senior Colonel also confirmed that the list of equipment contributed by PRC includes mechanized bridge vehicles, medical cabin vehicles, other large engineering and medical equipment. Other special equipment includes water purification, lifesaving and epidemic prevention units.
In addition to this, Senior Colonel Wu Xinhua also stated that the PLA Navy’s large hospital ship “PEACE ARK” will also participate in the exercise during a port call to Brunei Darussalam, which is expected to arrive on 15 June 2013.
During the interview, Senior Colonel Wu Xinhua also praised the tremendous effort made by the host nation, Brunei Darussalam, into organizing this multi-national joint exercise and commended on the professionalism and dedication of the host. Senior Colonel Wu Xinhua also took the opportunity to express PRC appreciation and congratulation to the host.
Senior Colonel Wu Xinhua also highlighted that PRC has been engaged in the whole preparation process for the multinational exercise and assured that PRC will continue to provide support to Brunei Darussalam. In addition to this, he stated that PRC has also cooperated closely and forged a very good working relationship with other participants in the exercise.
He also stated that to be part of this joint exercise it demonstrates PRC active participation in regional security cooperation. He also stated that PRC remain hopeful in improving China’s capability in non-war operations through this HADR & MM exercise, and at the same time to promote pragmatic cooperation between PRC and other member countries of the ADMM Plus mechanism, so as to enhance their joint capability in meeting non-traditional security challenges.

PRC PENUH YAKIN UNTUK MENINGKATKAN KEUPAYAAN DALAM OPERASI LATIHAN ADMM PLUS HADR & MM
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 13 Jun 2013
– Pada pagi ini, satu sesi temubual eksklusif telah diadakan bersama
Timbalan Ketua Kontinjen dari Republik Rakyat China (PRC) bagi Eksesais
Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana dan Perubatan Tentera (HADR
& MM Ex) Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus), Kolonel
Kanan Wu Xihua, Timbalan Ketua Pejabat Kecemasan, Staf Am HQs, PLA.
Dalam
temubual itu, Kolonel Kanan Wu Xihua mengesahkan bahawa dalam menyokong
pelaksanaan Eksesais Berbilang-Negara ADMM Plus, kontinjen dari PRC
telah menghantar seramai 110 anggota yang dikumpulkan ke dalam beberapa
pasukan, iaitu, pasukan kejuruteraan seramai 50-orang, pasukan perubatan
seramai 35-orang, dan 25 orang pegawai-pegawai tentera. Beliau juga
mengesahkan bahawa senarai peralatan yang disumbangkan oleh PRC termasuk
kenderaan jentera jambatan, kenderaan kabin perubatan, kejuruteraan
besar yang lain dan peralatan perubatan. Peralatan khas lain termasuk
pembersihan air, unit-unit menyelamatkan nyawa dan pencegahan wabak. Di
samping itu, Kolonel Kanan Wu Xinhua juga menyatakan bahawa kapal
hospital Tentera Laut PLA “PEACE ARK” juga akan ikut serta dalam
eksesais semasa pelabuhan ke Negara Brunei Darussalam, yang dijangka
akan tiba pada 15 Jun 2013.
Dalam
temu bual itu juga, Kolonel Kanan Wu Xinhua juga memuji usaha,
profesionalisme dan dedikasi negara tuan rumah, Negara Brunei
Darussalam, dalam menganjurkan eksesais berbilang negara ini. Kolonel
Kanan Wu Xinhua juga mengambil kesempatan untuk menyatakan penghargaan
dan tahniah dari PRC kepada negara tuan rumah.
Kolonel
Kanan Wu Xinhua juga mengetengahkan bahawa PRC telah terlibat dalam
proses persediaan secara keseluruhan bagi eksesais berbilang-negara ini
dan memberi jaminan bahawa China akan terus memberikan sokongan kepada
Negara Brunei Darussalam. Di samping itu, beliau menyatakan bahawa PRC
juga telah bekerjasama dengan rapat dan menjalin hubungan kerja yang
sangat baik dengan negara-negara peserta yang lain.
Beliau
juga menekankan bahawa penglibatan PRC dalam eksesais bersama ini,
ianya menampilkan penyertaan PRC yang aktif dalam kerjasama keselamatan
serantau. Beliau juga menyatakan bahawa PRC masih berharap akan dapat
meningkatkan keupayaan PRC dalam operasi bukan perang melalui Eksesais
HADR & MM ini, dan pada masa yang sama untuk menggalakkan kerjasama
pragmatik antara PRC dan negara-negara ahli lain dalam mekanisma ADMM
Plus, untuk meningkatkan keupayaan bersama mereka dalam memenuhi
cabaran-cabaran keselamatan bukan tradisional.