BANDAR SERI BEGAWAN, Friday 14 June 2013 – This morning, the Medical Working Group organised cohesion sports and air recce to deployment sites concurrently as part of the Medical Force Integration Training (FIT). This serves to be the final day for the medical FIT programme prior to the upcoming ASEAN Defence Minister’s Meeting-Plus (ADMM-Plus) Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) and Military Medicine (MM) Exercise. The cohesion sports was held at the mini-stadium, Berakas Garrison and started off with a warm-up session followed by the 4 x 400 Relay run and the Tug of War game.
For the participants, it provided a good opportunity to showcase their fitness prowess and to build rapport amongst each other. The teams were divided into sectors, which was a combination of all the countries involved in the exercise. The winners of the Tug of War were participants from Sector D1 and the 4 x 400 Relay were from Sector B. Colonel Kang Wee Lee, the Military Medicine Expert co-chair from Singapore and Lieutenant Colonel Dr Hafizul, the Chief Medical Officer of the Royal Brunei Armed Forces were both present to award prizes to the winners.
In the same morning, the head medical officers from each respective country visited the deployment sites for the upcoming HADR exercises. The air recce serves an an opportunity for the participants to fully visualise the sites where they will be deployed which allows them to prepare themselves for the upcoming HADR exercises.







PROGRAM FIT BERAKHIR DENGAN SUKAN MUHIBAH DAN PENINJAUAN UDARA DI KAWASAN-KAWASAN LATIHAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat 14 Jun 2013
– Pada pagi ini, Kumpulan Kerja Perubatan telah mengadakan sukan
muhibah dan peninjauan udara ke kawasan-kawasan latihan yang diadakan
secara serentak sempena Latihan Integrasi (FIT) Perubatan. Acara ini
merupakan hari terahkir bagi program FIT perubatan sebelum bermulanya
Eksesais Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana dan Perubatan Tentera
(HADR & MM Ex) Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus).
Sukan muhibah telah di adakan di mini-stadium, Berakas Garison dimulakan
dengan sesi memanaskan badan diikuti oleh larian 4 x 400
berganti-ganti dan tarik kalat.
Sukan
muhibah ini memberikan peluang anggota-anggota yang terlibat untuk
mempamerkan kebolehan fizikal masing-masing dan mengeratkan hubungan
antara satu sama lain. Peserta-peserta telah dibahagikan mengikut
sektor-sektor yang merupakan gabungan semua negara-negara yang terlibat
dalam latihan itu. Pemenang tarik kalat adalah peserta-peserta dari
Sektor D1 dan untuk larian 4 x 400 berganti-ganti adalah dari Sektor B.
Hadir untuk sesi pemberian hadiah kepada pemenang adalah Kolonel Kang
Wee Lee, Pengerusi Perubatan Pakar Tentera dan Leftenan Kolonel Dr
Hafizul, Ketua Pegawai Perubatan Diraja Angkatan Bersenjata Diraja
Brunei.
Pada
waktu yang sama, Ketua Pegawai-Pegawai Perubatan dari setiap Negara yang
terlibat dengan latihan ini telah membuat lawatan ke kawasan-kawasan
latihan HADR. Peninjauan udara ini memberikan peluang kepada para
peserta untuk mendapatkan gambaran penuh bagi persiapan Latihan Bantuan
Kemanusian dan Bencana serta Bantuan Perubatan Tentera yang akan datang.