BERAKAS, Selasa 2 Julai 2013 – Majlis Penganugerahan dan Pengiktirafan Kejuruteraan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diadakan di Manggis Ballroom, Hua Ho Manggis Mall.

Majlis acara tahunan bagi organisasi Kejuruteraan ABDB bagi memberikan penghargaan dan ganjaran kepada ahli-ahli kejuruteraan yang berkhidmat dengan cemerlang tahun 2012. Ianya juga untuk memberikan motivasi kepada ahli-ahli kejuruteraan untuk meningkatkan lagi produktiviti selaras dengan Program Perkembangan Kejuruteraan ABDB.  Majlis ini juga diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Working Improvement Teams (WIT) bagi tahun 2012.

Hadir sebagai Tetamu Kehormat di majlis ini Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlwan Haji Yussof bin Haji Abdul Rahman. Turut hadir Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, anggota teknisyen awam dan tentera dari ABDB.

Sebanyak 15 anugerah telah disampaikan kepada ahli-ahli Kejuruteraan ABDB yang terdiri daripada teknisyen-teknisyen tentera dan kakitangan Technical Equipment Maintenance Departent (TEMD). Manakala bagi pertandingan (WIT) sebanyak 9 hadiah telah disampaikan kepada kumpulan-kumpulan yang telah menghasilkan beberapa projek pengubahsuaian, penambah baik dan juga penciptaan.

Majlis di bermulakan dengan bacaan doa selamat, tayangan video kemudian ucapan dari Mej(U) Schuffin bin Haji Brahim, Pegawai Turus Pemeliharaan Kementerian Pertahanan dan diikuti dengan penyampaian anugerah dan hadiah kepada pemenang.

Pemenang-pemenang bagi Pertandingan Work Improvement Team (WITS) Kejuruteraan Tentera Darat Diraja Brunei adalah seperti berikut :-

Tempat Pertama dengan tajuk projek ‘Solar Charge Controller’ di menangi oleh :
17442 Sld Ak Md Nazirul Mubin Hafiz bin Pg Hj Zainal

17445 Sld Muhammad bin Karim

17454 Sld Ruzaini bin Mahadi

17455 Sld Ak Md Nurfadhli bin Pg Hashim

Naib Johan dengan tajuk projek ‘ Portable Automatic Shooting Target’ di menangi oleh :

14990 Kpl Zulazmi bin Haji Kamis

19353 Sld Mohd Hafriz bin Sulaiman

19358 Sld Mohd Redzuan bin Ali

Tempat ketiga dengan tajuk projek ‘Data base’ di menangi oleh :-

14594 Kpl Pg Mohd Shahrin bin Pg Daud

15286 Lkpl Masli bin Tuah

Pemenang-pemenang bagi Pertandingan Work Improvement Team (WITS) Kejuruteraan Tentera Laut Diraja Brunei ialah seperti berikut:

Tempat Pertama dengan tajuk projek ‘Pemasangan Sensor Boleh Mengubah Pembaziran Kepada Penjimatan’ di menangi oleh :
TEMD Hj Awg Asmadi bin Hj Munaf

TEMD Rahiman bin Hj Mohd Esa

TEMD Zulfikri bin Hj Mohd Ali

Naib Johan dengan tajuk projek, ‘Pads Storage’ di menangi oleh :

TEMD Hjh Siti Jamilah bte Hj Maidin

TEMD Razali bin Hj Manan

TEMD Hj Md Amin bin Abdullah
TEMD PW1 (B) Hasnanuddin bin Hj Abu Bakar

Tempat Ketiga dengan tajuk projek ‘Dynamic Radar Brake Assembly Test Procedure’, di menangi oleh:

TEMD Suriayati bte Hj Mohiddin

TEMD Md Azman bin Abdullah
TEMD Ang Siew Ping
TEMD Haslina bte Hj Hamid

Pemenang-pemenang bagi Pertandingan Work Improvement Team (WITS) Kejuruteraan Tentera Udara Diraja Brunei adalah seperti berikut :-

Tempat Pertama dengan tajuk projek ‘Atps Decoy’, di menangi oleh :

16037 LKpl (U) Md Firdauz bin Abd Razak

18215 LKpl (U) Qamarul Ariffin bin Rashid
TEMD Hjh Zarina bte Hj Abd Ghani

Naib Johan dengan tajuk projek ‘Fuel Quantity Probe Storage Tank’, di menangi oleh :

15497 Sjn (U) Rudy bin Senang

16013 Kpl (U) Md Ali Faidaus bin Hj Mail
16228 Sld (U) Hj Abd Halim bin Hj Buang

Tempat Ketiga dengan tajuk projek ‘Dual Colour Led Flashing Light’, di menangi oleh :
13127 Sjn (U) Muhd Sunny bin Abdullah Yawang

15493 Kpl (U) Aminin bin Mohammad Juani

Manakala Penerima-penerima Penganugerahan Dan Pengiktirafan Cemerlang Bagi Kejuruteraan Tentera Darat Diraja Brunei adalah seperti berikut :-

Jurutera Tentera Cemerlang, dimenangi oleh 14030 Sjn Huzaime Bin Hj Awang Besar
Jurutera Awam/Temd Cemerlang, dimenangi oleh Temd Pw1 (B) Mustapha Bin Hj Abd Wahab
Seksyen Terbaik, dimenangi oleh Seksyen Persenjataan Penanjong Woksyop
LAD Terbaik, dimenangi oleh Lad Rejimen Pasukan Khas

MT Terbaik, Dimenangi Oleh Unit Simpanan Gurkha

Penerima-penerima Penganugerahan Dan Pengiktirafan Bagi Kejuruteraan Tentera Laut Diraja Brunei adalah seperti berikut :-

Anugerah Jurutera PTB Kanan Cemerlang,  dimenangi oleh 11951 SSJN (L) Sufiri Bin Atar
Anugerah BPKT TLDB Cemerlang, dimenangi oleh Azari Bin Haji Bakri
Anugerah Bengkel (Ship Support) Terbaik,  dimenangi oleh Bengkel Persenjataan

Tentera Laut Diraja Brunei
Anugerah Bengkel (Base Support) Terbaik, dimenangi oleh Bengkel Unit Pemeliharaan Kelengkapan TLDB

Anugerah Kejuruteraan Armada Terbaik dimenangi oleh Kejuruteraan Persenjataan
KDB Darussalam

Penerima-penerima Penganugerahan Dan Pengiktirafan Bagi Kejuruteraan Tentera Udara Diraja Brunei adalah seperti berikut :-

Anugerah Teknisyen Cemerlang dimenangi oleh 13128 Sjn (U) Shairul Bin Hj Abd Lamin
Anugerah BPKT Cemerlang dimenangi oleh TEMD E1 Ton Kennedy
Anugerah Skuadron Terbaik dimenangi oleh Kejuruteraan No. 2 Skuadron

Anugerah Skuadron Bantu Terbaik dimenangi oleh Ground Support Equipment

Anugerah Bay Terbaik dimenangi oleh Spray Bay