RIMBA, Tuesday 30 July 2013 – Royal Brunei Air Force carried out Royal Brunei Air Force Safety Day at Punai Hall, Rimba Air Force Base yesterday. During the event, Royal Brunei Air Force has announced 20th July 2013 as the official Royal Brunei Air Force Day. This event will be conducted continuously from time to time and has been planned to be carried out once every three month.
This Safety Day is carried out with the aim to instil safety values required by each individual in Royal Brunei Air Force in terms of flight safety aspect as well as occupational health and safety aspect. Safety Day is also intended to act as a platform for knowledge-sharing whereby important information from safety angles and examples of incidents that could be useful lessons to all citizens of the Royal Brunei Air Force to learnt from.
Around 160 attendees present during the event including Brig Gen (U) Haji Wardi bin Haji Abdul Latip, the Comd of the Royal Brunei Air Force, who attended as the Guest of Honour.
Events laid out during the safety began with the recital of Al-Fatihah, followed by a speech from the Comd of the Royal Brunei Air Force. During the event, several posters on Flight Safety and Occupational Health & Safety were shown aimed at increasing awareness amongst the Royal Brunei Air Force personnel on the offences and actions that were commonly committed and should have been avoided in order to prevent any accident from taken place.
Meanwhile, in the Comd of Royal Brunei Air Force’s speech, he stressed that any shortcomings and mistakes made should be a lesson to all. What is important, after the incident which took the lives of several personnel of the Royal Brunei Armed Forces last year, the Royal Brunei Air Force should continue to move forward to increase vigilance and alertness while performing tasks, especially in terms of safety. The Comd of the Royal Brunei Air Force also emphasized the importance of the knowledge available to be practiced while on duty.
Amongst the programme included during the Safety Day was a Safety Briefing which was presented by the Staff Officer of the Royal Brunei Air Force Flight Safety, Lt. Col. James Brudenell, who explains what exactly is meant by the Safety Management System and how the Royal Brunei Air Force will move towards achieving this system. He explained that a number of recommendations for the Royal Brunei Air Force in enhancing flight safety aspects have been identified which is on its way to be implemented. He explained some of the recommendations made can be implemented immediately and some will require time, a number of other needs more efforts and many others will need professional training to reach the level that has been recommended.
To close the ceremony, Doa Selamat was recited by Ustaz Haji Osman bin Haji Mohd Noor, the Religious Teacher of the Royal Brunei Air Force.



HARI KESELAMATAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
RIMBA, Selasa 30 Julai 2013
– Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Hari Keselamatan
TUDB (Royal Brunei Air Force Safety Day) bertempat di Dewan Punai,
Pangkalan Tentera Udara, Rimba. Semasa acara tersebut, TUDB telah
mengumumkan tarikh 20 Julai 2013 sebagai Hari Keselamatan TUDB secara
rasmi. Hari Keselamatan ini akan terus dikendalikan dari masa ke semasa
dan dirancang untuk dilaksanakan tiga bulan sekali.
Objektif
bagi Hari Keselamatan ini diadakan adalah bertujuan untuk terus
menanamkan nilai-nilai keselamatan yang diperlukan oleh setiap individu
di TUDB baik dari sudut keselamatan penerbangan mahupun sudut kesihatan
keselamatan kerja. Hari keselamatan ini juga dihasratkan akan dapat
mengongsikan ilmu pengetahuan, maklumat-maklumat penting untuk
keselamatan dan kejadian-kejadian yang dapat dijadikan pengajaran yang
berguna kepada semua warga TUDB di dalam aspek keselamatan.
Seramai
lebih kurang 160 warga TUDB yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan
Lain-Lain Peringkat hadir bagi menjayakan Hari Keselamatan TUDB. Hadir
selaku tetamu kehormat pada acara tersebut adalah Brig Jen (U) Haji
Abdul Wardi bin Haji Abdul Latip, Pemerintah TUDB.
Aturcara
pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, diikuti
dengan ucapan daripada Pem TUDB. Semasa acara tersebut, beberapa poster
Keselamatan Penerbangan dan Kesihatan Keselamatan Kerja telah
ditayangkan bertujuan untuk membantu meningkatkan kesedaran di kalangan
warga TUDB tentang kesalahan-kesalahan atau tindakan-tindakan yang
sering dilakukan dan sepatutnya dihindari demi untuk mengelakkan
daripada sebarang kemalangan.
Dalam
pada itu, di dalam teks ucapan Pem TUDB, beliau menekankan bahawa
sebarang kepincangan dan kesilapan yang dibuat hendaklah dijadikan
pengajaran kepada semua. Apa yang penting ialah, selepas kejadian yang
telah meragut nyawa pada tahun lepas, warga TUDB terus menuju kehadapan
bagi meningkatkan kewaspadaan serta kepekaan semasa melaksanakan tugas
terutama dari segi keselamatan. Pem TUDB juga menekankan tentang
pentingnya ilmu pengetahuan yang ada untuk dipraktikkan semasa
menjalankan tugas.
Bagi
menjayakan Hari Keselamatan TUDB, Taklimat Keselamatan telah
disampaikan oleh Peg Turus Keselamatan TUDB, Lt Kol James Brudenell,
yang menerangkan tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Safety
Management System dan bagaimana TUDB akan menuju ke arah sistem ini.
Beliau menerangkan bahawa beberapa saranan untuk TUDB dalam meningkatkan
aspek keselamatan penerbangan telah dikenalpasti perlu dilaksanakan.
Beliau menjelaskan beberapa saranan yang dibuat dapat dilaksanakan
dengan segera dan ada yang memerlukan masa, sebilangan yang lainnya
memerluan lebih tenaga dan yang lainnya pula memerlukan latihan-latihan
professional untuk mencapai tahap yang telah disarankan.
Bagi
menutup Majlis Hari Keselamatan TUDB pada hari tersebut, Doa Selamat
telah dibacakan oleh Ustaz Haji Osman bin Haji Mohd Noor, Guru Ugama
TUDB.