BOLKIAH GARISON, Khamis 1 Ogos 2013 – Majlis penyampaian cenderahati kepada kakitangan mes pegawai Bolkiah Garison telah diadakan pada petang ini.
Tetamu kehormat ialah Mejar (U) Suriani binti Haji Junaidi. Majlis seumpamanya bertujuan untuk memberi penghargaan kepada kakitangan mes pegawai Bolkiah Garison. Cenderahati yang telah diberikan merupakan voucher bernilai 30 ringgit dari Kowira.
Dengan majlis ini, diharapkan akan merapatkan silaturahim antara pegawai dan kakitangan mes pegawai Bollkiah Garison serta semoga amalan baik sempena di bulan Ramadhan ini mendapat keredhaan Allah jua.


