ISTANA NURUL IMAN, Wednesday 21 August 2013 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) this afternoon consented to receive in audience the Commander-in-Chief of the Indonesian National Defence  Forces (TNI), His Excellency Admiral TNI Dato Paduka Seri Agus Suhartono, S.E. who is in Brunei Darussalam for a farewell visit. The audience ceremony took place at the Istana Nurul Iman.

Also present at the ceremony were the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam, His Excellency Handriyo Kusumo Priyo and the Commander of the RBAF, Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

On a separate occasion, Her Majesty Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha also consented to receive in audience the spouse of Commander-in-Chief of the Indonesian National Defence  Forces (TNI), Datin Tetty Sugiarti. She was accompanied by the wife of Royal Brunei Armed Forces Commander, Datin Nurhayana Janis binti Abdullah.

His Excellency Admiral TNI Dato Paduka Seri Agus Suhartono, S.E. will be retiring from his current position on August 25, 2013.  Under the leadership of His Excellency, interaction and bilateral defense cooperation between attract and TNI has been expanding to the signing of the Joint understanding of High level Committee between the two Armed Forces. Both sides also actively involved in various activities, including professional exchanges, bilateral training courses.

 

KEBAWAH DYMM MENERIMA MENGADAP PERPISAHAN PANGLIMA TNI


ISTANA NURUL IMAN, Rabu, 21 Ogos 2013.
– Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), petang ini berkenan menerima mengadap
Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Yang Terhormat Laksamana TNI
Dato Paduka Seri Agus Suhartono S.E. yang sedang berada di Negara Brunei
Darussalam bagi lawatan perpisahan. Majlis Majlis Mengadap berlangsung
di Istana Nurul Iman.

Turut
hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara
Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Handriyo Kusumo Priyo dan
Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Dato Paduka
Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri
Paduka Haji Abidin.

Di
Majlis Mengadap berasingan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran
Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam juga berkenan menerima
mengadap, isteri kepada Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Datin
Tetty Sugiarti. Beliau telah diiringi oleh Isteri Pemerintah ABDB,
Datin Nurhayana Janis binti Abdullah.

Yang Terhormat Laksamana TNI Dato Paduka Seri Agus Suhartono S.E. akan bersara dari jawatan beliau pada
25 Ogos 2013. Di bawah kepimpinan Tuan Yang Terutama, interaksi dua
hala dan kerjasama pertahanan antara ABDB dan TNI telah kian berkembang
sehingga termeterainya Persefahaman Bersama High level Committee
diantara kedua Angkatan Tentera. Kedua pihak juga giat dalam pelbagai
aktiviti, yang termasuk pertukaran profesional, kursus dan latihan dua
hala.