BERAKAS GARISON, Jumaat 23 Ogos 2013 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Tentera Darat Diraja Brunei.
Majlis berlangsung di Padang Kawad Bn Pertama Tentera Darat Diraja Brunei, Berakas Garison. Turut hadir Sarjan Mejar Unit-unit Angkatan Tentera, Sarjan Mejar Tentera Darat dan Sarjan Mejar Kawad Tentera Darat. Kawalan Kehormatan berjalan lalu terdiri dari gabungan PTB Kanan Tentera Darat Diraja Brunei, Bn Pertama Tentera Darat Diraja Brunei, Bn Kedua Tentera Darat Diraja Brunei, Bn Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei, Bn Bantu Tentera Darat Diraja Brunei, Khidmat Bantuan Kombat dan Gabungan Pancaragam Bn Pertama Tentera Darat Diraja Brunei dan Platun Serunai dan Tambur Bn Kedua dan Bn Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei.
Majlis Serah Terima Tugas dimulakan dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Tentera Darat Diraja Brunei diantara 9007 PW1 Malik bin Haji Siajuan @ Hujan dan 9465 PW1 Ahmad bin Haji Abdul Kadir.



