PENANJONG GARISON, Jumaat 23 Ogos 2013 – Majlis Penutup Kursus Asas Jurulatih Renang bagi Jurulatih Rekrut Kompeni Rekrut IL ABDB telah pun diadakan di Kolam Renang Penanjong Garison yang telah dikendalikan oleh Pusat Optima Kecergasan Tentera ABDB.Seramai 16 anggota yang terdiri daripada Jurulatih Rekrut IL ABDB telah mengikui kursus tersebut yang bermula pada 19 Ogos 2013 hingga 23 Ogos 2013. 03 orang Jurulatih Renang dari Pusat Optima Kecergasan Tentera ABDB mengendalikan kursus tersebut yang mana Jurulatih tersebut terdiri daripada 13004 SSjn Shukry bin Hj Metassim, 13827 Sjn Md Fadillah bin Newi dan 15569 Kpl Abdul Razak bin Jalil.
Kursus renang diadakan bagi Jurulatih Rekrut IL ABDB ini diadakan adalah bertujuan bagi melatih mereka tatacara renang yang betul yangmana mereka ini akan mengajar Rekrut yang tidak pandai berenang dan yang gagal dalam ujian berenang iaitu MST. Dengan adanya Kursus ini diadakan maka tidak mustahil peratus Lulus dalam ujian berenang iaitu MST akan meningkat dari tahun ke tahun pada dikalangan Rekrut yang memasuki dalam ABDB.

