ISTANA NURUL IMAN, Tuesday 3 Sept 2013 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) has consented to receive an audience Chief of Defence Force, Singapore Armed Forces (SAF), His Excellency Lieutenant General Ng Chee Meng.

Prior to the audience, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, consented to bestow the title of “The Most Exalted Order of Paduka Keberanian Laila Terbilang” First Class – DPKT which brings the title “Dato Paduka Seri” to Chief of Defence Force, Singapore Armed Forces, His Excellency Lieutenant General Ng Chee Meng.

The medal was awarded to His Excellency in recognition of his significant role in enhancing the relations between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the Singapore Armed Forces (SAF). Under His Excellency Lieutenant General Ng Chee Meng’s leadership, bilateral interactions and cooperation between the RBAF and the RSAF have grown from strength to strength. Both Armed Forces engage regularly in a wide range of activities, which include professional exchanges, courses and bilateral exercises. These extensive interactions have enhanced the camaraderie and friendship between the personnel of the two Armed Forces.

Also present during the audience were Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, RBAF Commander, Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin and High Commissioner of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam, His Excellency Mr Jaya Ratnam.

While in a separate occassion, Her Majesty Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha also consented to receive an audience by the wife of the Singapore Chief of Defence Force, Mrs Michelle Lim Bee Leng. She was accompanied by the wife of Commander of RBAF, Datin Nurhayana Janis binti Abdullah.


KETUA TURUS PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA REPUBLIK SINGAPURA DIKURNIAKAN DPKT


ISTANA NURUL IMAN, Selasa 3 Sept 2013
– Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan menerima mengadap Tuan
Yang Terutama Leftenan Jeneral Ng Chee Meng, Ketua Turus Pertahanan
Angkatan Bersenjata Republik Singapura.

Sebelum
majlis mengadap, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan
mengurniakan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang
(Darjah Pertama) DPKT kepada Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Tentera
Republik Singapura Tuan Yang Terutama Leftenan Jeneral Ng Chee Meng.
Anugerah ini membawa gelaran Dato Paduka Seri. Majlis berlangsung di
Istana Nurul Iman.

Pengurniaan
Pingat kehormatan kepada Tuan Yang Terutama merupakan satu
pengiktirafan terhadap peranan penting beliau dalam meningkatkan
hubungan antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Angkatan
Bersenjata Republik Singapura (ABRS). Di bawah kepimpinan Tuan Yang
Terutama, interaksi dua hala dan kerjasama antara ABDB dan ABRS telah
kian berkembang. Kedua-dua Angkatan Tentera giat terlibat dalam pelbagai
aktiviti, yang termasuk pertukaran profesional, kursus dan latihan dua
hala. Interaksi yang meluas ini telah meningkatkan keakraban dan
persahabatan antara anggota-anggota kedua-dua Angkatan Tentera.

Mengiringi
Tuan Yang Terutama ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji
Mustappa bin Haji Sirat, Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri
Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka
Haji Abidin dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei
Darussalam, Tuan Yang Terutama Mr Jaya Ratnam.

Sementara
di ruang berasingan di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah
berkenan menerima mengadap isteri kepada Ketua Turus Pertahanan ABRS,
Mrs Michelle Lim Bee Leng. Beliau diiringi oleh isteri Timbalan Menteri
Pertahanan, Pg Datin Hjh Jamilah binte Pg Haji Mohd Yussof dan isteri
Pemerintah ABDB, Datin Nurhayana Janis binti Abdullah.