BOLKIAH GARRISON, Friday 13 Sept 2013 – A commissioning ceremony was held for a Royal Brunei Armed Forces (RBAF) scholar to become a Cadet Officer at the Officers’ Mess in Bolkiah Garrison. The Commander of RBAF, Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, was present to officiate the male cadet officer.The eighteen-year-old, known as 50576 OCdt Muhd Hazman bin Muhd Iskandar was a student from Paduka Seri Begawan Sultan Science College who achieved excellent ‘A’ level results, 2A*s and 2A in Chemistry, Biology, Mathematics and Physics respectively, last year.
He was also recently awarded the Royal Brunei Armed Forces Scholarship 2013 in June after undergoing a rigorous selection process. Under the RBAF Scholarship, he will be pursuing Doctor of Medicine (MD) Program at National Defence University Malaysia (UPNM) beginning this September for a span of five years.
The Faculty of Medicine and Defence Health (FMDH) at UPNM, was established in 2009 and received its first intake of students in 2011. The medical faculty is the first in Malaysia to combine medical science with military science in a unique medical program. The medical program comprises General Medicine with the addition of Military medicine that includes Underwater Medicine, Aviation Medicine, Sports Medicine, Battlefield Medicine and more. Military students studying the course will also have to undergo military training throughout the 5 years of study.
Present at the event as well were the Deputy Commander of the RBAF, military and civilian directors, the RBAF Chief Medical Officer and civilian guests including parents, fellow scholars and friends.


PENERIMA BIASISWA ABDB LANJUTKAN PENGAJIAN KE UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
BOLKIAH GARISON, Jumaat 13 Sept 2013
–Majlis Penauliahan Pegawai Kadet bagi seorang penerima biasiswa
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi tahun 2013 telah berlangsung di
Mes Pegawai Bolkiah Garison, yang disempurnakan oleh Pemerintah ABDB,
Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya
Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
50576
PKdt Muhd Hazman bin Muhd Iskandar akan melanjutkan pengajian ke
peringkat ijazah sarjana muda program Doktor Perubatan selama lima tahun
di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), bermula pada bulan
ini. 50576 PKdt Muhammad Hazman merupakan bekas penuntut Maktab Sains
Paduka Seri Begawan Sultan yang telah berjaya meraih keputusan cemerlang
(2A* dan 2A) dalam peperiksaan Peringkat ‘A’ dan telah dianugerahkan
biasiswa ABDB pada bulan Jun tahun ini setelah lulus menjalani proses
pemilihan tahunan penerima biasiswa Kementerian Pertahanan yang sangat
kompetitif.
Fakulti
Perubatan dan Kesihatan Pertahanan universiti tersebut telah ditubuhkan
pada tahun 2009 dan pengambilan penuntut-penuntut perubatan telah
bermula pada tahun 2011. Fakulti ini merupakan fakulti perubatan pertama
di Malaysia yang mengintegrasikan ilmu sains perubatan dengan latihan
ketenteraan dalam satu program yang unik. Program Perubatan berkenaan
mengandungi mata-pelajaran yang cenderung kepada aspek keperluan
ketenteraan seperti ‘Aerospace Medicine’, ‘Underwater Medicine’,
‘Battlefield Medicine’ dan lain-lain lagi.
Turut
hadir di majlis itu ialah Timbalan Pemerintah ABDB, Pengarah-pengarah
tentera dan awam, ketua pegawai perubatan ABDB dan tetamu-tetamu awam
termasuk ibubapa, penerima-penerima biasiswa Kementerian Pertahanan
serta sahabat handai Pegawai Kadet tersebut.