BERAKAS GARISON, Selasa 6 Ogos 2013 – Majlis Khatam Al-Quran bagi Askar Wanita peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sempena bulan Ramadhan telah diadakan di Surau Berakas Garison.
Majlis di hadiri oleh Mejar (U) Pg Mas Rashidah binti Pg Momin, Timbalan Pegawai Turus Logistik Tentera Udara Diraja Brunei selaku tetamu kehormat majlis. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai, Pegawai-Pegawai Kanan, PTB-PTB kanan, PTB-PTB rendah askar wanita semua unit ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Lt Norazimah binti Haji Othman, Penolong Pegawai Turus Timbalan Pemerintah dari Kementerian Pertahanan dan diteruskan dengan bacaan ayat-ayat lazim beramai-ramai.
Majlis Khatam Al-Quran adalah merupakan salah satu aktiviti di bulan Ramadhan. Ianya bertujuan bagi memperbanyakkan amal ibadah dan sentiasa mengingat Allah S.W.T khususnya pada hari-hari terakhir di bulan ramadhan yang mulia dan penuh dengan keberkatan.

