BOLKIAH GARISON Jumaat,  2 Ogos 2013 – Majlis penutup Kursus Penataran Jurulatih Agama Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah pun berlangsung di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya  Brigadier General Dato Seri Pahlawan Mohd Tawih Bin Abdullah, Timbalan Pemerintah ABDB. Turut hadir Pengarah Jabatanarah Keanggotaan, Ketua Inspektorat ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dari Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT), PTB Kanan dan Rendah Kementerian Pertahanan dan Bolkiah Garison.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran secara hafazan oleh seorang peserta kursus Lkpl Mohd Yusri Bin Haji Awang Yusof. Seterusnya pembentangan rumusan dari Pegawai Pengendali Kursus iaitu Mej Rashidi Bin Bujai, Pegawai  Staff 2 Latih Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia diikuti dengan Ucapan Penutup dari Tetamu Kehormat.

Penyampaian Sijil Kursus telahpun disampaikan kepada peserta kursus oleh Yang Dimuliakan Timbalan Pemerintah ABDB dan diikuti  penyampaian cenderahati kepada Jurulatih-Jurulatih Kursus tersebut. Kursus ini telah pun dihadiri oleh seramai 10 peserta yang terdiri dari Pegawai serta anggota Jabatan Agama ABDB. Kursus ini telah pun berjalan selama 5 hari yang berlangsung di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.