BOLKIAH GARRISON, Wednesday 23 December 2015 – A ceremony marking the close of the nightly Dikir Maulud was held at the Ministry of Defence Surau in Bolkiah Garrison this evening in conjunction with the birthday anniversary of Prophet Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam.
Present at the event was First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Deputy Minister of Defence.
Also in attendance were Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Defence Executive Committee Members, Military and Civilian Directors, Senior Officers, Officers and staffs of the Ministry of Defence and RBAF.
The ceremony began with the recital of verses of Al-Quran followed by the Maghrib prayer, and then a religious talk on “Living by the Sunnah of the Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam” by Ustaz Mohd Adi Zaky bin Haji Metassim, officer from the Islamic Da’wah Centre, Ministry of Religious Affaris.
The event continued with the Isyak prayer then ended with Dikir Marhaban led by Imam Shuib bin Abdullah, Imam of the Ministry of Defence Surau
The closing ceremony of Dikir Maulud is held simultaneously in all Surau of RBAF camps.



KEMENTERIAN PERTAHANAN & ABDB SERTAI MAJLIS PENUTUP DIKIR MAULUD
BOLKIAH GARISON, Rabu 23 Disember 2015 – Majlis Penutup Malam Dikir Maulud telah diadakan di Surau Kementerian Pertahanan sempena memperingati Kelahiran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Acara pada malam ini menandakan berakhirnya Dikir Maulud yang telah berlansung selama 12 malam berturut-turut di seluruh Surau Perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bermula pada 12 Disember 2015 Masihi bersamaan 1 Rabiulawal 1437 Hijrah.
Hadir selaku tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan.
Turut hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB, Ahli-Ahli Komiti Eksekutif Pertahanan, Pengarah-Pengarah Tentera dan Awam, Pegawai-Pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran, sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan ceramah khas yang bertajuk “Menghayati Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Adi Zaky bin Haji Metassim, penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiyyah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Majlis diteruskan dengan Sembahyang Fardhu ‘Isya berjemaah dan diakhiri dengan Dikir Marhaban yang diketuai oleh Imam Shuib bin Abdullah, Imam Surau Kementerian Pertahanan.
Majlis Penutup Malam Dikir Maulud juga diadakan serentak di seluruh Surau Perkhemahan ABDB.