BOLKIAH GARRISON, Saturday 12 December 2015 – To mark the birthday anniversary of Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (PBUH), the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) began the Dikir Syarafil Anam events to mark the beginning of Dikir Maulud. The Dikir Maulud will be held continuously for 12 nights until 23 December 2015.

The opening ceremony of the Dikir Syarafil Anam in conjunction with the Maulud Nabi celebration for 1437 Hijrah was officiated this evening by the Acting Commander of RBAF, Brigadier General Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud at the Ministry of Defence Surau in Bolkiah Garrison.

The ceremony began with the recital of Al-Quran followed by the Maghrib prayer, the mass recital of Dikir which later proceeded with the closing prayer and the Fardhu Isyak prayer.

Present at the opening of Dikir recital ceremony were Directors, RBAF Senior Officers and personnel of RBAF.

The ceremony was also conducted simultaneously in every surau of RBAF camps such as Berakas Camp, Muara Camp, Penanjong Camp, Tutong Camp, Lumut Camp, Bangar Camp, Sungai Akar Camp and Pulau Baru-Baru.

MALAM DIKIR MAULUD DIMULAKAN DI KEMENTERIAN PERTAHANAN & ABDB

BOLKIAH GARISON, Sabtu 12 Disember 2015 – Sempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah memulakan Dikir Syarafil Anam menandakan pembukaan Dikir Maulud. Dikir Maulud ini akan di adakan selama 12 malam berturut-turut sehingga 23 Disember 2015.

Pembukaan Majlis Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah di rasmikan oleh Pemangku Pemerintah ABDB,  Brigedier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Acara di mulakan dengan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran di ikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib diikuti Dikir beramai-ramai dan diteruskan dengan Doa Penutup dan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah.

Turut hadir bagi meraikan majlis ini ialah Pengarah-Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan ABDB dan anggota-anggota ABDB.

Majlis ini juga di adakan secara serentak di ke semua surau-surau ABDB iaitu Perkhemahan Berakas, Perkhemahan Muara, Perkhemahan Penanjong, Perkhemahan Tutong, Perkhemahan Lumut, Perkhemahan Bangar, Perkhemahan Sungai Akar dan Pulau Baru-Baru.