BOLKIAH GARRISON Monday, 9 November 2015 – A Resettlement Training Course for service leavers of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) is currently being carried out since 9 November 2015 and will last until 27 November 2015.


A total of 40 military personnel consisting of officers and commissioned officers of RBAF with more than 20 years of service and whom are retiring in 2016 have been selected to attend this course.


The course is conducted by the Retired Military Affairs Division of the Directorate of Administration and Manpower as well as Syarikat A & A Management in which the teaching is geared to provide knowledge on transition and migration, self-adaptation and financial administration.


In addition, the program also includes general knowledge through orientation briefings and visits to the government agencies, private sectors and volunteer groups.


This course is one way of satisfying the requirements of the RBAF which coincides with the government’s aspiration to further educate the future retirees with knowledge and awareness based on their transferable skills they possess to smooth the reintegration of military personnel into civilian life.


The Resettlement Training Course is very important and highly effective to service leavers prior to their military retirement because it enables them to receive additional training and additional professional qualifications which gives them a better chance to meet the requirements of the civilian labour market either in the public or private sector, as entrepreneurs, volunteers or businesses that can generate the socio-economic development of the country.



BAKAL PESARA ABDB JALANI KURSUS LATIHAN PERALIHAN


BOLKIAH GARISON, Isnin, 9 November 2015 – Kursus Latihan Peralihan bagi anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan menamatkan perkhidmatan telah diadakan dari 9 Oktober 2015 hingga 27 Oktober 2015.


Seramai 40 orang anggota terdiri daripada Pegawai-pegawai ABDB dan Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah yang telah berkhidmat selama 20 tahun ke atas, dan akan menamatkan perkhidmatan pada tahun 2016 dipilih bagi mengikuti kursus tersebut.


Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pesara Tentera, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia dengan Syarikat A&A Management ini menjurus kepada memberikan pengetahuan ilmiah yang menyentuh perihal perubahan dan penghijrahan, adaptasi diri dan pentadbiran kewangan.   Selain itu juga, penyerapan pengetahuan am yang mengandungi taklimat dan lawatan ke agensi-agensi kerajaan dan swasta dan sukarelawan juga dimuatkan ke dalam program berkenaan.


Kursus tersebut merupakan sebagai satu langkah bagi memenuhi keperluan ABDB sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mendidik bakal pesara dengan pengetahuan dan kesedaran mengikut kecenderungan kemahiran masing-masing agar mereka dapat berhijrah secara sempurna dari seorang anggota tentera kepada kehidupan sebagai orang awam.


Kursus Latihan Peralihan ini adalah sangat penting dan amat berkesan bagi bakal-bakal pesara sebelum menamatkan perkhidmatan tentera bagi membolehkan mereka memperolehi latihan tambahan dan kelayakan profesional tambahan yang dapat memberikan mereka peluang yang lebih baik dalam pasaran buruh awam samaada di sektor awam atau swasta, menjadi usahawan, sukarelawan atau peniaga yang dapat menjana kepada perkembangan sosio-ekonomi negara.