PENANJONG GARISON, Friday 30 October 2015 – A total of 146 male recruits of the 154th intake have concluded their Basic Military Training (BMT) at the Parade Square of the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) in Penanjong Garison.
The male recruits underwent a 31 weeks long Basic Military Training.
The Guest of Honour receiving the General Salute for the Passing Out Parade ceremony was Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar, the Permanent Secretary Ministry of Defence.
During the ceremony, the guest of honour inspected the parade, delivered a speech and presented awards to excellent instructor and recruits.
Best Platoon Sergeant is awarded to 15790 Cpl Aidey Earny bin Kasni, Best Male Instructor awarded to 17485 LCpl Julaihi bin Hj Awang Shahri, 51238 Rec Md Nazri bin Mastan won the Best Overall Recruit, 51201 Rec Abraham bin Jumat with Best in M16A2 Rifle, 51282 Rec Ak Mohd Hairul Affindy bin Pg Husain with Best in Heavy Barrel Automatic Rifle (HBAR), 51208 Rec Khoirul Kamaal bin Awang Hidup with Best in Physical Training and 50873 Rec (L) Mohd Hafiz bin Bakri with Best Academic Knowledge.





UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN BAGI REKRUT LELAKI
PENGAMBILAN KE 154
PENANJONG GARISON, Jumaat, 30 Oktober 2015 – Seramai 146 anggota Rekrut Lelaki Pengambilan ke 154 telah menamatkan latihan asas ketenteraan pada hari ini bertempat di Padang Kawad Institut Latihan ABDB (IL ABDB) di Penanjong Garison dan mereka telah menjalani latihan selama 31 minggu.
Tetamu Kehormat yang juga selaku Pegawai Menerima Tabik Hormat pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan ialah Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.
Turut hadir menyaksikan Upacara tersebut ialah Brigadier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-Komandan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, anggota-anggota ABDB serta para ibu-bapa dan keluarga rekrut yang menamatkan latihan pada pagi itu.
Semasa upacara tersebut, Tetamu Kehormat telah berkesudian memeriksa perbarisan, memberi ucapan dan menyampaikan hadiah-hadiah kepada Jurulatih-Jurulatih dan Rekrut-Rekrut yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang latihan rekrut dijalankan.
Bagi Pengambilan Rekrut Lelaki ke 154, penerima-penerima hadiah bagi kategori Platun Sarjan Lelaki Terbaik ialah 15790 Kpl Aidey Earny bin Kasni dan Jurulatih Lelaki Terbaik ialah 17485 LKpl Julaihi bin Hj Awang Shahri, Rek Lelaki Terbaik Keseluruhan:- 51238 Rek Md Nazri bin Mastan, Penembak Repal M16 A2 Rek Terbaik:- 51201 Rek Abraham bin Jumat, Penembak Heavy Barrel Automatic Riffle (HBAR):- 51282 Rek Ak Mohd Hairul Affindy bin Pg Husain, Latihan Jasmani Terbaik:- 51208 Rek Khoirul Kamaal bin Awang Hidup dan Akademik Terbaik:- 50873 Rek (L) Mohd Hafiz bin Bakri.