KAMPONG TANAH JAMBU, Friday 16 October 2015 – The Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat officiated the closing of the Royal Brunei Armed Forces Command and Staff Course 5 (RBAF CSC 5).
A total of 13 officers from Royal Brunei Armed Forces, 1 officer from Royal Brunei Police Force and 1 officer from Internal Security Department, 16 military officers from Australia, Bangladesh, The People’s Republic of China, India, two from Republic of Indonesia, Malaysia, New Zealand, two from Oman, Pakistan, Singapore, Thailand, United Kingdom and the United States, The Royal Brunei Police Force and the Internal Security Department have completed the 5th Command and Staff Course today.
The Graduation Ceremony of the Royal Brunei Armed Force, Staff College, which was held at the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces Auditorium, Kampong Tanah Jambu.
Also present at the opening ceremony was the Commander of the RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commissioner of Royal Brunei Police Force, members of Defence Executive Committee, Directors and representative from the embassies and respective countries.
The ceremony continued with the presentation of certificates Apart from presenting certificates, the ceremony also presented awards to those who have excelled in the course.
For the “RBAF CSC Overall Excellence” was awarded to Major Ng Weng On Eric from Singapore Air Force while for the “Massey University prize for Academic Excellence” was awarded to Squadron Leader Alan Bowers from Royal Australian. Lastly for “The RBAF CSC Commendation Award” was awarded to Major (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya from Royal Brunei Air Force.
The Command and Staff Course is a 40 weeks course delivered in partnership with New Zealand’s Massey University, who is responsible for delivering the academic component of the Joint Staff Course.
The course aims is to broaden the professional and academic knowledge and develop command, analytical and communication skills of mid-level officers in order to prepare them for higher command and staff appointments








31 PESERTA KURSUS MAKTAB TURUS TERIMA SIJIL
KAMPONG TANAH JAMBU, Jumaat, 16 Oktober 2015 – Seramai 31 orang pegawai dari dalam dan luar negara yang menamatkan kursus Maktab Turus 5 (CSC 5) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima sijil pada majlis berlangsung di Auditorium Akademi Pertahanan ABDB.
Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat.
Seramai 13 orang pegawai dari ABDB, seorang pegawai dari Pasukan Polis Diraja Brunei dan seorang pegawai dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menerima sijil mereka.
Manakala 16 pegawai tentera yang lain adalah terdiri dari Negara Australia, Bangladesh, Republik Rakyat China, India, Republik Indonesia, Malaysia, New Zealand, Oman, Pakistan, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian tiga anugerah khas, iaitu RBAF CSC Commendation, Messy University Award for Academic Excellence dan CSC Overall Excellence kepada pegawai-pegawai yang mendapat keputusan cemerlang dalam kursus.
Anugerah RBAF CSC Commendation telah dianugerahkan kepada Mejar Ng Weng On Eric dari Tentera Udara Singapura, manakala anugerah bagi Messy University Award dianugerahkan kepada Squadron Leader Alan Bowers dari Royal Australian Air Force, dan penerima anugerah CSC Overall Commendation telah dianugerahkan kepada Mejar (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya dari Tentera Udara Diraja Brunei.
Terdahulu Timbalan Menteri Pertahanan,dalam ucapannya menjelaskan, para pegawai yang telah berjaya menamatkan kursus berkenaan setiap satu darinya akan bergerak ke atas dan tugas serta tanggungjawab tangga kerjaya mereka akan menjadi lebih mencabar, sama ada mereka ini boleh memberikan contoh prestasi teladan akan ditentukan dalam tiga aspek asas, iaitu kepimpinan, pengetahuan, dan belas ihsan.
Tinjauan keselamatan hari ini dan masa depan, ujarnya dipenuhi dengan banyak cabaran unik yang tidak diketahui.
Dalam keadaan tersebut sarannya, sebagai pegawai kanan di masa hadapan sama ada melalui arahan atau fungsi kakitangan setiap keputusan yang dibuat walaupun berkenaan perkara yang kecil, keselamatan negara tidak boleh dan tidak harus dikompromi dengan ‘keputusan yang buruk’ atau ‘jawapan yang tidak teratur’, dilakukan tanpa persetujuan kolektif melalui proses dialog dan perundingan.
Setiap keputusan yang berkaitan dengan pertahanan negara perlu dibuat dengan tahap tanggungjawab dan akauntabiliti yang tertinggi, tegasnya lagi.
Sebagai pentadbir pertengahan berdasarkan pengalaman terangnya anda sudah setentunya mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang menyeluruh kepada aspek operasi dan taktikal ketenteraan dengan penggunaan yang berkesan. Tetapi sebagai pegawai-pegawai kanan di masa depan, anda perlu mempunyai pemahaman yang menyeluruh mengenai kesan kepada aspek strategik pertahanan negara tersebut.
Pertahanan adalah perniagaan yang sangat mahal ujarnya, ia merangkumi aset ketenteraan yang sangat canggih dan bernilai dalam lingkungan berjuta-juta dolar, dan sebarang nilai tambah yang dapat meningkatkan bajet dalam pertahanan, boleh memperuntukkan ‘opportunity-cost’ kepada perbelanjaan kerajaan yang lain seperti pendidikan dan kesihatan, dari itu anda perlu mewajarkan dan menghargai penggunaannya setiap masa.
Oleh itu, sebagai pegawai-pegawai kanan di masa depan dalam institusi pertahanan secara khusus jelasnya lagi, anda perlu mempraktikkan nilai akauntabiliti yang tinggi bagi memastikan bahawa setiap pelaburan yang dilaburkan dalam pertahanan akan membawa pulangan dengan nilai terbaik bukan sahaja untuk memenuhi objektif pertahanan itu sendiri, tetapi juga untuk keseluruhan objektif strategik kerajaan.
CSC adalah merupakan kursus akademik kerjasama yang dijalankan selama 40 minggu dikelolakan dengan kerjasama Massey University New Zealand dan Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam.
Matlamat kursus adalah untuk meluaskan pengetahuan profesional dan akademik dalam kemahiran pentadbiran, analisis dan komunikasi di kalangan pegawai peringkat pertengahan bagi persediaan persiapan mereka untuk menjadi pentadbir dan pegawai pemerintah di peringkat yang lebih tinggi.
Hadir sama di majlis tersebut ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, ahli-ahli Eksekutif Pertahanan, Pengarah-pengarah dan wakil daripada kedutaan.