ISTANA NURUL IMAN, Thursday 8 October 2015 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) has consented to confer the title of “The Most Exalted Order of Paduka Keberanian Laila Terbilang” First Class or Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (DPKT) which brings the title “Dato Paduka Seri” to the Commander of Indonesian National Armed Forces TNI, His Excellency General TNI Gatot Nurmantyo.


The ceremony took place at Cheradi Laila Kechana, Istana Nurul Iman.

His Excellency General TNI Gatot Nurmantyo was conferred the award in recognition of his significant contributions in fostering excellent defence ties between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Indonesian National Armed Forces (TNI).

Present at the ceremony were Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, the Deputy Minister of Defence; Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohammad Tawih bin Abdullah, RBAF Commander and Her Excellency Nurul Qomar, the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam.

The Doa Selamat was read by Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Doctor Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned, the State Mufti.

Also present were Major General Achmad Faridz Washington, the Assistant Commander of Intelligence of the Indonesian National Armed Forces; Major General Fransen G. Siahaan, the Operation Assistant Commander of the Indonesian National Armed Forces; Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar, the Permanent Secretary at the Prime Minister’s Office; and Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar, the Permanent Secretary at the Ministry of Defence.

On a separate occasion, Her Majesty Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam also consented to receive in audience the wife of TNI Commander, Ibu Enny Trumurti. She was accompanied by the wife of RBAF Deputy Commander, Datin Hajah Sakdiah binti Haji Mohd Noor.

 

PANGLIMA TENTARA NASIONAL INDONESIA DIANUGERAHKAN D.P.K.T

ISTANA NURUL IMAN, Khamis 8 Oktober 2015 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam “Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (DPKT) yang membawa gelaran “Dato Paduka Seri” kepada Panglima Tentara Nasional Indonesia TNI, Tuan Yang Terutama Jenderal Gatot Nurmantyo.

Majlis berlangsung petang ini di Cheradi Laila Kechana, Istana Nurul Iman.

Penganugerahan Tuan Yang Terutama Jenderal Gatot Nurmantyo adalah bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam memupuk hubungan pertahanan yang  erat antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tentara Nasional Indonesia.

Hadir pada tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat; Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd Tawih bin Abdullah dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar.

Doa Selamat telah dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato
Paduka Seri Setia Dr Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

Turut hadir ialah Asisten Intelijen Panglima TNI, Mayor Jeneral TNI (MAR) Achmad Faridz Washington; Asisten Operasi Panglima TNI, Mayor Jenderal TNI Fransen G. Siahaan; Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Dayang Hajah Suriyah binti Haji Umar.

Sementara di bilik berasingan di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan menerima mengadap isteri kepada Panglima TNI, Ibu Enny Trumurti. Beliau diiringi oleh isteri Timbalan Pemerintah ABDB, Datin Hajah Sakdiah binti Haji Mohd Noor.