BOLKIAH GARRISON, Thursday 8 October 2015 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the Indonesian National Defence Forces (TNI) convenes its 2nd Brunei-Indonesia High Level Committee (BRUNESIA-HLC) meeting today at the Ministry of Defence in Bolkiah Garrison.

BRUNESIA-HLC is a guideline and also the legal basis for the further implementation of the cooperation between RBAF and TNI, which is expected to be useful for the strengthening of relations and military cooperation between the two nations.

The meeting is co-chaired by the Commander of the RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah and Commander of TNI, General TNI Gatot Nurmantyo.

Among the agenda that are to be discussed at the meeting include joint reports in the fields of intelligence, operations, training and education from heads of the militaries of both countries under the BRUNESIA-HLC.

‘The Joint Understanding between the Indonesian National Defence Forces and Royal Brunei Armed Forces on BRUNESIA High Level Committee’ was signed between the two armed forces on 4 March 2013 in Jakarta, Republic of Indonesia.

The signing marked a significant milestone in the state of bilateral relation and the desire of both military leaders to heighten military cooperation between the two armed forces. The BRUNESIA-HLC also serves as a synergising tool for the two armed forces in the implementation of planned activities.

   
MESYUARAT JAWATANKUASA TERTINGGI BRUNEI – INDONESIA KALI KE-II


BOLKIAH GARISON, Khamis 8 Oktober 2015 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tentara Nasional Indonesia (TNI) mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Brunei-Indonesia (BRUNESIA-HLC) hari ini di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison. BRUNESIA-HLC adalah garis panduan dan asas undang-undang bagi pelaksanaan selanjutnya kerjasama antara ABDB dan TNI yang bermanfaat bagi pengukuhan hubungan dan kerjasama ketenteraan antara kedua-dua buah negara.

Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan Panglima TNI, Jenderal TNI Gatot Nurmantyo.

Antara agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat ini termasuk laporan bersama dalam bidang perisikan, operasi, latihan dan pendidikan dari ketua-ketua tentera dari kedua-dua negara di bawah BRUNESIA-HLC.

‘Persefahaman Bersama di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Tentara Nasional Indonesia bagi BRUNESIA-HLC’ telah ditandatangani oleh kedua-dua Angkatan Tentera pada 4 Mac 2013 di Jakarta, Republik Indonesia.

Penandatanganan itu merupakan satu peristiwa penting dalam hubungan dua hala dan hasrat kedua-dua pemimpin tentera untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan antara kedua-dua angkatan tentera. BRUNESIA-HLC juga berfungsi sebagai alat sinergi bagi kedua-dua angkatan tentera dalam pelaksanaan aktiviti yang dirancang.