BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 29 September 2015 – First Admiral Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Acting Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a farewell courtesy call from Admiral Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Jaafar, Chief Of Navy, Malaysian Armed Forces (MAF) today.

Speaking on behalf of Commander of RBAF, First Admiral Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz expressed his utmost appreciation to the outgoing Admiral Tan Seri Abdul Aziz for the support and professionalism that he displayed during his premiership.

Both parties also acknowledged to further strengthen the close bonds of friendship between the RBAF and MAF that has been established besides discussing the way forward towards defence cooperation between the two armed forces.

Admiral Tan Sri Abdul Aziz is on a 3-days farewell visit to Brunei Darussalam from 28 September 2015 until 30 September 2015.







PEMANGKU PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNG PERPISAHAN DARIPADA PANGLIMA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

BOLKIAH GARISON, Selasa 29 September 2015 – Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini.

Bercakap bagi pihak Pemerintah ABDB, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz telah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Laksamana Tan Sri Abdul Aziz diatas sokongan padu dan tahap profesionalisme yang tinggi, yang ditunjukkan sepanjang perkhidmatan beliau.

Kedua-dua pihak juga turut menyampaikan hasrat untuk terus mengukuhkan lagi jalinan persahabatan yang erat diantara ABDB dan TLDM yang telah sekian lama terjalin disamping membincangkan hala tuju kerjasama dibidang pertahanan di antara kedua buah Angkatan Tentera.

Laksamana Tan Sri Abdul Aziz mengadakan lawatan rasmi perpisahan selama tiga hari ke Negara Brunei Darussalam bermula pada 28 September 2015 hingga 30 September 2015.