BANDAR SERI BEGAWAN, Friday 28 August 2015 – The Special Forces Regiment (SFR) has successfully conducted a bilateral exercise with the United States Special Forces Group (US SFG) code name EXERCISE BALANCE BAG 2015 in Brunei Darussalam. The exercise started on 10th August 2015 and ended on 28th August 2015.  

Both Special Forces unit conducted a series of training ranging from Maritime Operations, Jungle Warfare and Urban Operations. During this exercise, SFR and US SFG also took the opportunity to familiarise each other on operation utilising the newly acquired Sikorsky Blackhawk S70-i of the Royal Brunei Armed Forces.

The highlight of the exercise was a Full Mission Profile (FMP) combined assault by both forces which was conducted at the Fighting In Built Up Area (FIBUA) Village in Penanjong Garisson. Present to witness this FMP were Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Joint Force Commander and His Excellency Mr Craig Allen, The U.S Ambassador to Brunei Darussalam.


EKSESAIS BALANCE BAG 2015

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat 28 Ogos 2015 – Rejimen Pasukan Khas (RPK) telah dengan jayanya melaksanakan eksesais dua hala bersama dengan United States Special Forces Group (US SFG) yang telah diberi nama EKSESAIS BALANCE BAG 2015. Eksesais ini telah berlangsung di Negara Brunei Darussalam bermula pada 10 hingga 28 Ogos 2015 yang baru lalu.

Kedua-dua unit telah dapat melaksanakan beberapa siri latihan yang merangkumi Operasi Maritim, Operasi Hutan dan juga Operasi Dikawasan Bandar. Dalam kesempatan eksesais ini juga, RPK dan US SFG telah dapat mengandalikan latihan operasi khas dengan menggunakan pesawat helikopter baru Sikorsky Blackhawk S70-i Tentera Udara Diraja Brunei.

Acara kemuncak eksesais ini adalah pengandalian serangan bersama Full Mission Profile (FMP) yang telah dilaksanakan di Fighting In Built Up Area (FIBUA) Village di Penanjong Garison. Hadir bagi menyaksikan acara ini adalah Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersama dan Tuan Yang Terutama Mr Craig Allen, Duta Besar Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam.