RIMBA, Wednesday 2 September 2015 – The final of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Football Championship 2015 took place this afternoon between the Royal Brunei Land Forces (RBLF) and the Ministry of Defence (MINDEF). The match was held at the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Mini Stadium in Rimba.

The final match ended MINDEF defeated RBLF with a score line 3-2. In third place was the Training Institute RBAF.

Present as the Guest of honour and presenting the prizes was Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of RBAF.

The tournament began on 25 August 2015 and was participated by five teams namely: – Royal Brunei Land Forces, Royal Brunei Navy, Royal Brunei Air Force, Training Institute RBAF and Ministry of Defence.


KEMENTERIAN PERTAHANAN JUARA KEJOHANAN BOLASEPAK PERINGKAT ABDB 2015


RIMBA, Rabu 2 September 2015 – Perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2015 telah berlangsung di Mini Stadium Pengkalan Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba.

Perlawanan petang ini menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menentang Kementerian Pertahanan. Perlawanan berkesudahan, Kementerian Pertahanan berjaya menewaskan TDDB dengan jaringan 3-2 dan seterusnya  berjaya membawa pulang Piala Pusingan. Ditempat ketiga ialah pasukan Institut Latihan ABDB.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan piala pusingan dan hadiah kejohanan ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB.

Kejohanan telah bermula pada 25 Ogos 2015 dan disertai sebanyak 5 buah pasukan yang terdiri dari Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Institut Latihan ABDB dan Kementerian Pertahanan.