RIMBA, Friday 28 August 2015 – Twenty-eight Haj pilgrims from the Ministry of Defence (MinDef) and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) were celebrated in the Jiwa Murni Ceremony this morning at Dewan Punai, Rimba AirForce Base.

Commander of RBAF Commander, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah attended as the Guest of Honor for the ceremony.

Also in attendance were members of Defence Executive Committee, Service Commanders and Commandants, Directors and officers of the Ministry of Defence and RBAF.

Jiwa Murni Blessing Ceremony is one of RBAF’s annual religious activities organised for its personnel and retired personnel who are performing the Haj with the rest of Brunei Darussalam pilgrims.

The pilgrims comprised of twelve retirees and two military personnel who will embark their journey for Haj with their respective spouses and relatives.

The ceremony began with Ratib Al-Attas led by Ustaz Awg Said bin Haji Yusof. It was later followed by the recital of Surah Yassin and Doa Selamat led by Ustaz Haji Roslan bin Haji Sulaiman, Head of Religious Office, Ministry of Defence.

At the end of the ceremony, the Guest of Honor presented gifts and donations to the Haj Pilgrims.




MAJLIS JIWA MURNI BAGI 28 BAKAL-BAKAL JEMAAH HAJI ABDB

RIMBA, Jumaat 28 Ogos 2015 – Seramai 28 bakal jemaah haji dari Kementerian Pertahanan dan warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), pagi ini diraikan dalam Majlis Jiwa Murni bertempat di Dewan Punai, Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Turut hadir ialah ahli-ahli Komiti Eksekutif Pertahanan, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Jiwa Murni diungkayahkan oleh ABDB bagi anggota tentera dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang akan menunaikan ibadah Haji mereka.

Bakal-bakal haji tersebut terdiri dari 12 orang anggota ABDB yang sudah bersara dan dua orang yang masih berkhidmat yang akan menunaikan fardhu Haji bersama keluarga.

Acara majlis dimulakan dengan bacaan Ratib Al-Attas yang diketuai oleh Ustaz Awang Said bin Haji Yusof dan diselajurkan dengan bacaan Surah Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Haji Roslan bin Haji Sulaiman,Pegawai Kanan Ugama, Kementerian Pertahanan, diikuti dengan doa khas bagi bakal-bakal Haji.

Majlis diakhiri dengan penyampaian derma dan cenderahati sumbangan dari warga ABDB yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis kepada bakal-bakal Haji.